Monday, August 25, 2014

Doa buat mangsa MH17


17 Julai.

Terima kiriman mesej beserta gambar dari rakan-rakan Whatsapp. Gambar yang sangat ngeri bagi saya.


Mesej bertalu-talu masuk. Sewaktu saya sedang mahu sahur di sini.


Flight MAS hilang..

Flight MAS terhempas..

Semua terkorban..


Bertambah pilu bila rakan semaktab memaklumkan salah seorang rakan adalah mangsa nahas.


Nama Hasni Hardi Parlan agak janggal bagi saya. Tapi nama panggilan Konda itu sangat familiar. Namun wajah beliau sangat samar dalam ingatan saya.


Yang saya ingat hanya--


Beliau belajar di sebelah kelas saya (505)!


Titik.


Bermula dari itu saya mula membuka Facebook suami untuk melihat informasi tentang beliau. Walaupun beliau pernah satu maktab dengan saya tapi saya langsung tidak mengetahui tentang hidup beliau.


Satu demi satu sejarah hidup dia saya ketahui. Kebanyakannya daripada rakan sehomeroom saya Tawil.


Ibarat baru mengenali beliau. Seperti mereka yang lain.


Yang pasti--


Hidup beliau dipenuhi dengan cerita dan ingatan yang baik-baik sahaja daripada keluarga dan sahabat.


Semoga kamu ditempatkan dalam kalangan ahli syurga, sahabat!Amin...


p/s: Al-fatihah!



Thursday, July 24, 2014

Semoga cepat sembuh...


Khamis lepas terima SMS ini..


Akak di starship hospital auckland. terbang naik jet dari new plymouth hospital kelmarin.. at least 2 weeks duduk sini.. dubeis kena jangkitan paru-paru.. virus merebak ke dalam darah dan buah pinggang

Diikuti..


Body reject blood transfusion.. badan bengkak.. sekarang kidneys tak berfungsi tengah cuci guna dialisis mesin.. he's on life support, 15 drugs to keep him alive.. critical but stable.. please doakan dubeis..



Saya terdiam. Mula rasa seram sejuk. Seakan tidak percaya. Masih terbayang wajah comel Dubeis sewaktu kami menyambut hari lahir pertamanya April lepas. Saya beritahu suami berita ini. Dia juga terkejut.



Saya berdoa. Saya buat solat hajat. Saya baca yassin. Namun hati masih gelisah. Mahu melihat Dubeis dengan mata kasar ini juga.



Lalu kami bermusafir ke Auckland buat pertama kali untuk menziarahinya.



Air mata ini mengalir apabila melihat keadaan dia yang dicucuk dan diselingkari tiub-tiub. Juga air mata ini mengalir kerana melihat betapa tenangnya kedua ibu bapanya menerima ujian ini..



“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”

(Surah al-Ankabut : 2)




P/S; Semoga cepat sembuh Dubeis sayang!  (T_T)

Tuesday, April 8, 2014

Khas




Khas.


Buat suami tercinta.



Hero saya dan anak-anak!


(T_T)

Monday, March 24, 2014

Buta mata celik hati




Dia. Mencari pencipta. Disebalik kekurangan. Meskipun usianya masih hijau. 



You know nobody loves me. 

Not even Granny.

They all run away from me because I am blind

If I could see...

I would go to the local school with the other children

But now I have to go to the school for the blind..

On the other side of the world..

Our teacher said God love the blind more because they can't see..

But I told him if it was so, He would not make us blind so that we can't see Him

He answered; God is not visible.

He is everywhere. You can feel Him

You see Him through your fingertips..

Now I reach out everywhere for God  until the day my hand touch Him

And tell Him everything even all the secrets in my heart..


p/s: DIA dimana-mana sahaja... (^_^)


Thursday, January 16, 2014

16 Januari 2005



Sembilan tahun lalu--



Rasa seperti baru semalam berlaku. Peristiwa yang banyak memberi kesan dalam kehidupan saya. Peristiwa yang banyak mengajar saya erti kehidupan. 



Tentang--

Kasih sayang seorang ibu....
Ihsan adik beradik... 
Semangat setiakawan...
Ragam manusia....
Perasaan sebagai OKU..



Masih terbayang dalam ingatan saya. Memori saya terbaring di atas jalan raya. Dikelilingi orang ramai yang saya tidak kenali. Suara yang bercampur-campur.  Saya hidu bau minyak. Bau tar jalan raya. 



Yang pasti--



Kepala saya sangat sakit. Tapi saya ibarat sedang bermimpi. Mimpi yang tidak digemari. Mahu sedar dengan segera.



Saya sedar di hospital. Rakan sebilik saya Ona di sisi. Saya dengar suara dia. Tapi sayup-sayup dan tidak dapat saya fahami. Kepala saya masih sakit. Badan saya seolah-olah kaku. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya. Sungguh mimpi ini tidak saya gemari.



Keesokan harinya. Baru saya sedar sepenuhnya. Saya kemalangan. Motorsikal saya dilanggar kereta berhampiran pintu pagar USM. Motorsikal kebanggaan saya itu. Hancur berkecai. Seperti hati saya berkecai sewaktu diberitahu paha dan tulang selangka sebelah kiri saya patah. Di saat saya berbaki 2 bulan untuk menghabiskan pengajian saya.



Dan--


Air mata itu.  Tak henti-henti mengalir. Tambahan melihat mama menangis. Dia trauma. Kerana arwah abah juga kemalangan motorsikal tahun sebelum dia meninggal pada tahun sebelumnya.



Sungguh berat ujian waktu itu. Impian untuk sama-sama menghabiskan pengajian dengan teman sekuliah nampak samar.



Mujur--


Saya dianugerahkan oleh Allah sahabat-sahabat yang sangat baik. Yang banyak membantu saya. Mengharungi saki baki pengajian. Mengharungi kesakitan yang berpanjangan..


Dan-- 


Pada Ogos 2005, kami sama-sama melangkah masuk ke dewan Tuanku Syed Putra USM untuk menerima skroll  ijazah sarjana muda kami. Yang pasti langkah saya tidak pantas seperti langkah mereka.. Ibarat budak yang baru bertatih..



Buat--


Annisa Amni, Nurul Husna Jauhar, Nik Fawzia Noerbaiti, Nor'Aishah Hassan, Nor Hafizah, Saliniza dan Nor Aizam Baharom..






Terima kasih sahabat. Jasa kalian tidak mampu saya balas. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Moga, ukhuwah ini kekal sampai Jannah. Dan, walau di mana kita berada, kiblat kita tetap sama. 




P/s: Jauh di mata dekat dihati... (^_~)v




















Sunday, December 15, 2013

Aktiviti itu..



Sebelum ini--



Pernah sekali. Selama sebulan. Bagi menghormati bulan puasa. Menahan nafsu. Kemudian tewas semula. Aktiviti itu diteruskan semula.



Kali ini--



Sudah mencecah dua bulan. Keinginan itu ada. Tapi disimpan dalam-dalam. Kerana aktiviti itu hanya mencuri masa saya. Masa saya yang terlalu berharga di sini..



Buat apa saya perlu tahu--



Restoran mana mereka makan. Hotel mana mereka menginap. Jenis kereta apa mereka pandu..



Perlukah saya baca--



Status seorang suami/isteri yang  kesunyian ditinggalkan. Kisah rumah tangga orang. Iklan bisness yang tidak tahu realiti atau maya.



Mengapa perlu saya--



Kongsi hal peribadi saya kepada mereka. Hidup saya. Gambar anak-anak saya. Untuk dijadikan bahan umpatan dalam group WhatsApp mereka.



Jadi--


Saya suka begini. Walaupun ibarat katak bawah tempurung. Tapi tempurung itu berada di kawasan yang mempunyai Wi-Fi berkelajuan tinggi. Masih boleh Skype dan WhatsApp dengan mereka yang istimewa dalam hidup saya. 



(^_^)



p/s: Selamat tinggal Facebook!


Friday, November 15, 2013

Momen itu..




Gelabah--




Kelam kabut--



Buat lawak tiada orang ketawa--



Melebihi masa yang ditetapkan--



Namun, tiada yang lebih menggembirakan apabila supervisor tersenyum sambil menunjukkan isyarat bagus kepada saya selepas selesai pembentangan..



 Alhamdulillah..




Thank you daddy! (^_^)





p/s: kadangkala senyap itu bukan jalan terbaik.... (*_*)