Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009 Selamat Datang 2010


Saya sedih. Esok sudah masuk tahun baru. Saya suka tahun 2009. Sebab saya suka no.9. Juga sebab banyak kejayaan yang saya kecapi pada tahun 2009 ini. Jom kita sama-sama recap.



1) 18 Januari 2009

Balik Malaysia. Setelah 2 tahun 6 bulan saya merantau ke Palmerston North, New Zealand untuk menimba ilmu akhirnya saya pulang ke tanah air tercinta. Kepulangan saya disambut oleh tunang saya. *wink*


2) 23 Januari 2009

Mendaftar di UiTM. Takut dan teruja. Bakal memulakan tugas sebagai pensyarah. Macam tak percaya jer. Lecture notes + exam question + bengkel2 jadi santapan baru dalam hidup saya.


3) 28 Febuari 2009

Akad nikah selepas Isyak di Masjid Kampung Raja Uda. Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya jadi milik Mohamed Ridzuan Mohamed Yusoh. *senyum*


4) 1 Mac 2009

Kenduri belah saya di Dewan Kastam. Tema kaler gold. Pengantin lambat sampai sebab sibuk mekap tebal-tebal.


5) 10 Mac 2009

Berhoneymoon 6 hari 5 malam di Bali. Pakej disponsor oleh abang saya. *senyum lagi*


6) 1 April 2009

Saya menyambut hari lahir yang ke 26 sebagai seorang isteri dan lecturer. Juga dapat kereta baru pada hari ini.. =)


7) 10 April 2009

Saya disahkan mengandung 6 minggu. Patutla selalu penat dan tak bermaya sejak balik dari Bali.


8) 11 Mei 2009

Menghadiri majlis graduasi di Palmerston North bersama suami. Alhamdulillah saya berjaya menerima scroll Postgraduate Diploma in Technology (Food Technology) dan Master of Technology (Food Technology). Kemudian, kami berhoneymoon kali kedua di New Zealand.


9) 20 September 2009

Saya menyambut Hari raya Aidil Fitri dan menyambut hari lahir suami saya di Paloh, Kluang sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Mama sambut hari raya di Turki tahun ni dengan abang Azrin.


10) 1 Disember 2009

Dianugerahkan seorang putera comel Mohamed Rifqi Mohamed Ridzuan. Alhamdulillah. Kegembiraan berganda bagi saya.


Nah! kamu sudah tahu kronologi kehidupan saya sepanjang tahun 2009. Saya berharap tahun 2010 juga akan memberikan kejayaan seperti tahun lepas. Doakan saya ya! InsyaAllah..

Oh lupa! Mohamed Rifqi akan berumur 1 bulan pada esok hari. Semakin bijak dia!


p/s: Umi Ujila telah selamat melahirkan baby girl - Aliya Altafunnisa.. Tahniah!! (^_~)v

Wednesday, December 23, 2009

Apabila Mohamed Rifqi demam..



Seorang ibu bermonolog sendirian..



Semalam.


Dia menangis dari tengah malam. Seperti biasa jika dia menangis, saya akan menyusukan dia. Bila dah kenyang dia akan tidur semula. Tapi dia tak berhenti menangis. Mama suruh saya periksa pampers dia. Penuh! Saya tukar pampers baru. Kemudian, saya susukan dia lagi. Dia senyap sebentar kemudian menangis lagi. Saya pegang perut dia. Agak kembung. Saya sapu minyak yu yee. Muka dia merah. Saya sentuh dahi dia. Panas! Demam agaknya. Dia menangis sehingga pukul 4. Saya jadi tidak mengantuk. Risau! Saya pasti kamu juga akan berperasaan seperti saya jika kamu berada dalam situasi sebegini.


Hari ini.


Suami saya ambil emergency leave. Kami pergi ke Hospital Razif pukul 11.30. Dia tidur sepanjang waktu itu. Nurse periksa temperature dia : 37 C agak tinggi juga bagi baby. Nurse timbang dia. Sudah 4.1 kg. Wah! Sihat anak saya. Kami jumpa doktor. Doktor periksa dahi, temperature, heart beat, perut dan luka melecet di celah kangkang dia. Doktor kata demam biasa. Saya lega. Kami ambil ubat demam dan krim sapu sebelum pulang. Kami sempat singgah ke Guardian on the way pulang. Saya beli digital temperature untuk dia. Senang untuk saya monitor suhu badan dia kelak..


Kamu tahu tak, semenjak kehadiran dia, dia banyak mengajar saya erti kesabaran. erti pengorbanan. erti kasih sayang. Juga hubungan antara saya dan suami.



Bonda sayang kamu Mohamed Rifqi. Sangat sangat.



p/s: Ngantuk!!! zzzzZZZZZzzzzz

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah!

Alhamdulillah.


Kita sudah melangkah ke tahun baru 1431 H pada hari ini. Cepatnya masa berlalu.
Rifqi pun dah berusia 17 hari. Makin besar dia. Setiap hari minum susu ibunya saja. *senyum*


Saya juga sudah 17 hari berpantang. Bagi ibu-ibu yang menjalani pembedahan caesarean macam saya, kami perlukan lebih masa untuk sembuh sepenuhnya. Jadi masa pantang bagi kami sepatutnya 100 hari (seperti kata mak bidan).



Wahai UiTM
, saya mahu cuti tambahan! pleeeeaaseeee!!



Pelbagai pengalaman baru saya pelajari semenjak mempunyai cahaya mata sendiri. Alhamdulillah saya masih punya ibu yang sanggup menolong saya menguruskan Rifqi. Hujung minggu pula suami saya akan menolong saya. Saya cuma perlu menyusu Rifqi sambil goyang kaki. Rasa bak puteri pula. *sangat suka*



aksi comel Rifqi masa tidur.. *loveliness*




p/s: semakin hari semakin malas hendak pergi kerja... =P

Monday, December 14, 2009

your wish is granted... (^_~)v

Entry kali ini ditujukan khas buat Umi aka Ujila. Mummy Aliya ni teringin sangat nak tengok wajah terkini Mohamed Rifqi.




Nah! Harapan kamu saya tunaikan. *senyum*




Rifqi ngantuklaa bonda. huhu..





Rifqi sayang bonda & ayahanda... (^_~)v






Bonda tak pass lagi ikat bedung Rifqi.. huhu.. *malu*





Rifqi kenyit mata sebelah.. (^_~)v





Rifqi kenyit mata lagi sebelah.. (^_~)v





Rifqi demam kuning laa.. nenda sapu bedak sejuk.. huhu.. (*_*)v



p/s: Abang Rifqi tunggu Aliya. ahaks.. (^_~)v

Wednesday, December 9, 2009

Alhamdulillah part II..... (^_~)v



Pssssttt kamu!!



Hari ini saya dapat satu lagi khabar gembira. Setelah sekian lama saya menunggu khabar gembira ini. Alhamdulillah doa saya akhirnya dimakbulkan.



Suami saya telah mendapat kerja baru di Sungai Buloh!



Sudah berpuluh interview suami saya hadiri seawal seminggu selepas kami berkahwin. Alhamdulillah, dia berjaya mendapat kerja baru di KL. Nampaknya kami tidak lagi tinggal berjauhan selepas ini. Alhamdulillah!! Saya terus sebak apabila suami saya call beritahu khabar gembira ni.


Rezeki Rifqi agaknya!




..... dan yang manakah lagi nikmatku yang ingin engkau dustakan?



p/s: gembira melebihi aurora..... (^_~)v

Monday, December 7, 2009

Alhamdulillah.... (^_~)v




Kamu..





Ya, saya maksudkan kamu yang sedang baca blog saya..





Anakanda saya sudah selamat dilahirkan pada 1 Disember / 14 Zulhijjah 1430... *wink* *wink*









Ahlan wa sahlan Mohamed Rifqi bin Mohamed Ridzuan




p/s: gembira melebihi pelangi.........

Tuesday, November 24, 2009

tak percaya ke?

Terkejut!



Sangat-sangat terkejut!



Juga teruja!



Saya sudah menjadi kilang penghasil susu. ahaks.



Sekarang cuma ternanti-nanti kehadiran si kecil itu... *senyum sendiri*


p/s: penantian itu satu penyiksaan....

Friday, November 20, 2009

37 minggu

Hari ini genap 37 minggu saya mengandung. Terus terang saya rasa sangat berat sekarang. Sakit di bahagian bawah perut. Kerap nak ke toilet. Nak angkat punggung pun payah.

Final exam sudah selesai minggu lepas. Saya juga telah siap menanda jawapan student2 saya. Ada yang sangat perform. Ada juga yang tak boleh jawab langsung! Itulah, sapa suruh kamu tak study? *geram*

Semakin hari semakin saya berdebar. Sampai bawa ke mimpi. Tinggal tiga minggu saja lagi. Kamu doakan saya ya!


p/s: Bonda & Din sudah khatam America's next top model cycle 13.. (^_~)v

Thursday, November 5, 2009

Jalan & Shopping lagi...

Lebih kurang dua minggu saya tak update blog. Saya sedikit sibuk. Juga sedikt malas. Penat pun ada. Sekarang sakit belakang makin menjadi-jadi. Kaki juga selalu sengal-sengal. Tapi belum bengkak macam gajah lagi.


Sabtu lepas saya dan suami pergi ke My dear warehouse sale di Puchong. Niat di hati mahu survey Playpen & baby car seat saja. Kak Ina pernah bagitahu saya jika My dear buat sale, boleh dapat playpen RM60 sebiji. Saya pun teruja. Jenuh juga cari lokasi My dear ni. Al-maklumla, kami tak biasa berjalan area Puchong/KL. Sampai saja, ramai betul orang bershopping. Mostly, wanita berperut buncit macam saya. Kamu hanya akan jumpa ramai spesies macam saya ni di tempat² baby sale saja. *Senyum*


Hampir sejam berpusing² melihat barang (saya pun dah tak larat nak berjalan actually), kami berjaya membeli barang² yang kami inginkan untuk si kecil 'Din'. *Senyum lagi*


opps! I did it again.. huhu...



Antara tangkapan yang berjaya dibuat.. *senyum ke telinga*



P/s: masih mencari baby car seat yang sesuai & berpatutan... =)


Monday, October 19, 2009

Hujung minggu yang segar..

Tanggal 17 Oktober yang lalu, Aizam (teman rapat saya semasa di USM dahulu) telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya. Alhamdulillah, nampak nya sorang lagi dah ikut jejak langkah saya. Lepas ni giliran anne, nobi dan ona pula. Aizam, nobi, ona dan anne adalah sahabat baik saya semasa di USM. Mereka inilah yang banyak membantu saya sewaktu saya sakit dahulu. Argh! Saya malas nak ingat kisah lalu. Nanti saya sedih. Kamu tak perlu tahulah kisah sedih saya itu. Yang pasti jika mereka hendak berkahwin, maka wajib saya menghadirinya tidak kira apa jua halangan. InsyaAllah.

Saya lewat tiba di rumah Aizam. Apabila sampai, kenduri sudah selesai dan orang tengah sibuk mengemas khemah. Malu nya saya. Nasib baik hadiah yang saya bawa besar. Dapat saya sorok muka saya. Pengantin pun sudah siap tukar baju. Tidak sempat saya bergambar dengan Aizam menggayakan baju pengantin. Namun, dia tetap kelihatan sangat cantik.


Saya bersama pengantin baru..

Saya beredar dari rumah Aizam kira² pukul 5pm. Kemudian, kami bergerak menuju ke Port Dickson. Oh! Saya lupa beritahu kamu yang saya ingin berkelah di tepi pantai. kami tiba di PD kira² 6pm. Kami hanya bersiar-siar saja di tepi pantai sambil mengambil gambar. Kemudian, kami mencari masjid untuk jama' solat Zuhur & Asar. Suami saya ingin mengambil gambar sunset di Teluk Kemang. Malangnya, hari pun sudah gelap apabila kami tiba di sana. Kami hanya duduk di wakaf yang mengadap laut sambil makan roti. Udara pantai sangat nyaman. Kamu tahu kan yang kita akan dapat pahala dengan hanya melihat laut? Kalau tak tahu, saya nak beritahu lah ni. =)

p/s: Laut, wajah ibu bapa dan ........ satu lagi apa ya??

Wednesday, October 14, 2009

Tamat sudah...

Hari ini hari terakhir kuliah saya bagi subjek 'General microbiology'. Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan semua topik yang sepatutnya saya ajar dalam satu semester. Saya bangga! Kamu tahu betapa gementarnya setiap kali saya memasuki kelas untuk mengajar? Jantung saya akan berdegup dengan kencang. Saya gelabah. Bila saya gelabah, saya akan tersasul. Bila tersasul, darah gemuruh saya datang kembali. Kemudian, saya akan terlupa. Nah! itulah diri saya. Kamu boleh gelak jika mahu.


Banyak lagi kerja menanti saya selepas ini. Lab report masih banyak belum ditanda, practical visit masih belum selesai, report MQA juga belum siap. Saya berharap dapat selesaikna semuanya sebelum saya cuti bersalin. Kamu doakan saya ya!


p/s: gonna miss my students heaps..

Monday, October 12, 2009

Hajat tak sampai


Saya sepatutnya bertandang ke Singapura pada hari Ahad ini walaupun tiada undangan khas dari mana-mana pihak. Tujuan saya ke Singapura adalah untuk berjumpa dengan ex-supervisor saya semasa di Massey University dulu; Steve Flint. Steve telah pun sampai di Singapura pada 28 September yang lepas. Beliau beria-ia mengajak saya ke Singapura untuk berjumpa. Kali terakhir saya berjumpa dengan beliau ialah pada bulan Mei yang lalu semasa majlis graduasi saya di Palmy.

Namun, permintaan beliau terpaksa saya tolak disebabkan keadaan saya yang tidak mengizinkan. Buat masa sekarang, saya tidak larat untuk travel jauh. Belakang saya akan jadi sakit. Punggung saya kebas. Mahu berjalan pun susah. Saya rasa diri saya berat seperti gajah. Kamu jangan gelak. Saya serius ni. Berat saya yang terkini ialah 60kg. Seumur hidup saya, berat saya tidak pernah mencecah angka 60kg. Bangga? Sudah semestinya!

Berat hati saya hendak memberitahu Steve yang saya tidak jadi ke Singapura. Ya, saya memang mahu bertemu dengan beliau. Banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Argh! Semalaman saya fikir ayat yang terbaik untuk mengirim emel kepadanya. Dan, pagi tadi beliau telah membalas emel saya.


HI Baizura

That is OK – I understand.

This will be a very exciting time for you. Good luck with the birth and I look forward to hearing the good news.

I am working on our paper while I am here so will have something for you to look at soon.

Regards

Steve



Saya lega!

p/s: hajat ingin memiliki kereta idaman masih belum kesampaian.. =Þ

Thursday, October 8, 2009

Sudah 31 minggu..


Alhamdulillah hari ini genap 31 minggu saya mengandung. Tinggal 9 minggu sahaja lagi untuk baby 'din' keluar. Saya sangat-sangat teruja. Hanya 9 minggu lagi akan menimang cahaya pertama kami. Kamu boleh bayangkan tak betapa teruja nya saya? Setiap pagi sebelum pegi kerja, apabila terjaga dari tidur saya akan mengusap perut saya yang bulat ini. Saya bisik pada 'din', bonda sayang kamu. Kemudian saya akan bangun dari katil, duduk sebentar. Saya tunggu reaksi daripada 'din'. Selepas merasai beberapa tendangan dari 'din', saya puas. Saya senyum dan saya tahu 'din' selamat di situ. Saya perhati keliling bilik. Suami saya tiada. Dia berada di Muar ketika ini. Hanya hujung minggu dia pulang ke Klang untuk bersama saya. Sedih!

Minggu lepas kami pergi temujanji 4d scan + detailed scan di Gombak Medical Centre semasa 'din' berusia 30 minggu. Asalnya saya mahu scan di UMRA sahaja, tapi tiada kekosongan pada hujung minggu. Boleh saja jika saya buat scan pada hari biasa tapi suami saya ingin bersama-sama masa scanning dijalankan. Dia memang prihatin. Saya bertuah! Appoinment kami pada pukul 10 pagi. Doktor yang memeriksa saya ialah Dr. Masyhitah. Beliau sangat baik dan mesra. Saya dapat melihat wajah din, jantung, pundi kencing, tangan, kaki dan "bird" dia dalam bentuk 4d image. Betul! Saya tak tipu kamu. Saya juga dapat dengar heart beat din yang sangat laju. Alhamdulillah! Baby saya sihat. Dr. Masyhitah juga telah mengesahkan yang tarikh saya dijangka bersalin sama seperti tarikh kitar period saya iaitu pada 11 Dec nanti. Itu sahaja yang saya ingin pastikan. Sebelum ini, saya ragu-ragu tentang due date saya kerana semasa 2d scan yang lalu, Dr. Soraya mengatakan saya dijangkan bersalin pada 25 Dec. Saya keliru. Sememangnya keputusan untuk buat detailed scan adalah yang tepat. Segala kekeliruan saya telah terungkai. Malah, saya sudah boleh membuat perancangan untuk menyiapkan segala kerja² saya sebelum tarikh bersalin saya.

Tentunya saya ternanti-nanti ketibaan suami saya malam ini. Hujung minggu adalah masa untuk kami berdua melepaskan rindu! Kamu jangan jelous ya! *happy+horny mode*

p/s: bonda sudah nampak kamu 'din'. Comelnya anak bonda ni. =)



Post yang pertama..

Sudah lama saya ingin ber'blog'. Cuma saya fikir saya tidak kreatif dalam mengarang ayat. malah mungkin tulisan saya akan menjadi sangaaat boring buat kamu. Namun, saya akan cuba melontarkan isi hati saya sebaik mungkin dalam blog ini. Doakan saya!! (^_~)v