Monday, October 12, 2009

Hajat tak sampai


Saya sepatutnya bertandang ke Singapura pada hari Ahad ini walaupun tiada undangan khas dari mana-mana pihak. Tujuan saya ke Singapura adalah untuk berjumpa dengan ex-supervisor saya semasa di Massey University dulu; Steve Flint. Steve telah pun sampai di Singapura pada 28 September yang lepas. Beliau beria-ia mengajak saya ke Singapura untuk berjumpa. Kali terakhir saya berjumpa dengan beliau ialah pada bulan Mei yang lalu semasa majlis graduasi saya di Palmy.

Namun, permintaan beliau terpaksa saya tolak disebabkan keadaan saya yang tidak mengizinkan. Buat masa sekarang, saya tidak larat untuk travel jauh. Belakang saya akan jadi sakit. Punggung saya kebas. Mahu berjalan pun susah. Saya rasa diri saya berat seperti gajah. Kamu jangan gelak. Saya serius ni. Berat saya yang terkini ialah 60kg. Seumur hidup saya, berat saya tidak pernah mencecah angka 60kg. Bangga? Sudah semestinya!

Berat hati saya hendak memberitahu Steve yang saya tidak jadi ke Singapura. Ya, saya memang mahu bertemu dengan beliau. Banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Argh! Semalaman saya fikir ayat yang terbaik untuk mengirim emel kepadanya. Dan, pagi tadi beliau telah membalas emel saya.


HI Baizura

That is OK – I understand.

This will be a very exciting time for you. Good luck with the birth and I look forward to hearing the good news.

I am working on our paper while I am here so will have something for you to look at soon.

Regards

Steve



Saya lega!

p/s: hajat ingin memiliki kereta idaman masih belum kesampaian.. =Þ

No comments:

Post a Comment