Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009 Selamat Datang 2010


Saya sedih. Esok sudah masuk tahun baru. Saya suka tahun 2009. Sebab saya suka no.9. Juga sebab banyak kejayaan yang saya kecapi pada tahun 2009 ini. Jom kita sama-sama recap.



1) 18 Januari 2009

Balik Malaysia. Setelah 2 tahun 6 bulan saya merantau ke Palmerston North, New Zealand untuk menimba ilmu akhirnya saya pulang ke tanah air tercinta. Kepulangan saya disambut oleh tunang saya. *wink*


2) 23 Januari 2009

Mendaftar di UiTM. Takut dan teruja. Bakal memulakan tugas sebagai pensyarah. Macam tak percaya jer. Lecture notes + exam question + bengkel2 jadi santapan baru dalam hidup saya.


3) 28 Febuari 2009

Akad nikah selepas Isyak di Masjid Kampung Raja Uda. Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya jadi milik Mohamed Ridzuan Mohamed Yusoh. *senyum*


4) 1 Mac 2009

Kenduri belah saya di Dewan Kastam. Tema kaler gold. Pengantin lambat sampai sebab sibuk mekap tebal-tebal.


5) 10 Mac 2009

Berhoneymoon 6 hari 5 malam di Bali. Pakej disponsor oleh abang saya. *senyum lagi*


6) 1 April 2009

Saya menyambut hari lahir yang ke 26 sebagai seorang isteri dan lecturer. Juga dapat kereta baru pada hari ini.. =)


7) 10 April 2009

Saya disahkan mengandung 6 minggu. Patutla selalu penat dan tak bermaya sejak balik dari Bali.


8) 11 Mei 2009

Menghadiri majlis graduasi di Palmerston North bersama suami. Alhamdulillah saya berjaya menerima scroll Postgraduate Diploma in Technology (Food Technology) dan Master of Technology (Food Technology). Kemudian, kami berhoneymoon kali kedua di New Zealand.


9) 20 September 2009

Saya menyambut Hari raya Aidil Fitri dan menyambut hari lahir suami saya di Paloh, Kluang sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Mama sambut hari raya di Turki tahun ni dengan abang Azrin.


10) 1 Disember 2009

Dianugerahkan seorang putera comel Mohamed Rifqi Mohamed Ridzuan. Alhamdulillah. Kegembiraan berganda bagi saya.


Nah! kamu sudah tahu kronologi kehidupan saya sepanjang tahun 2009. Saya berharap tahun 2010 juga akan memberikan kejayaan seperti tahun lepas. Doakan saya ya! InsyaAllah..

Oh lupa! Mohamed Rifqi akan berumur 1 bulan pada esok hari. Semakin bijak dia!


p/s: Umi Ujila telah selamat melahirkan baby girl - Aliya Altafunnisa.. Tahniah!! (^_~)v

No comments:

Post a Comment