Tuesday, December 28, 2010

Dua campur enam..



Anakanda saya, Mohamed Rifqi demam sejak hari ahad yang lalu. Badan panas. Merengek. Nangis. Henti. Nangis balik. Hingga keluar air mata.


Kesian dia.


Saya bawa dia ke klinik. Doktor kata tekak dia ok. Tak merah. Telinga ok. Tiada jangkitan. Cuma badan panas. 38 C. Dapat dua botol ubat. Hajat mahu beri dia suntikan bulan ke-12 tertangguh.


Balik rumah. Periksa mulut dia. Rupanya dua batang gigi depan belah bawah sudah tumbuh. Sebab itu demam agaknya.


Dua campur enam. Lapan batang gigi semuanya sekarang. Nampaknya saya dah boleh ajar dia gosok gigi nanti.



p/s: sabar menanti saat langkah pertama itu.. (^_~)v

Tuesday, December 14, 2010

Persoalan yang akhirnya terjawab juga..



Tanggal 6 disember yang lalu..


Kelihatan seorang wanita memasuki sebuah klinik swasta. Klinik panel tempat dia bekerja. Selepas mengambil no. giliran, dia duduk. Perutnya diusap-usap. Kemudian, dia bingkas bangun menuju ke musolla di dalam klinik berkenaan. Dia tersedar yang dia belum lagi menunaikan solat zuhur.



Selesai sahaja dia menunaikan solat, no. gilirannya dipanggil. Dia cepat-cepat meluru masuk ke dalam bilik doktor. Dia mahukan kepastian. Hari itu juga. Sudah ramai yang menegur tentang perutnya itu. Jika dikira-kira, kurang lebih tujuh bulan dia tidak datang bulan. Juga suntikan depo yang terakhir adalah pada bulan Jun. Dia bimbang. Tidak keruan sejak beberapa hari yang lalu.


Tok.. tok..



Salam diberi. Doktor bertanyakan masalah dia. Dia hanya menunjukkan perutnya dan meminta pandangan doktor. Doktor agak terperanjat. Ini seperti mempunyai sesuatu di dalamnya. Sejarah kesihatannya disoal-siasat. Kali terakhir datang bulan. Tarikh bersalin. Jenis perlahiran- normal atau pembedahan.Menyusu badan.



Doktor menyuruhnya berbaring di atas katil. Perutnya di-scan. Doktor berkerut. Dia tidak berpuas hati. Lantas dipanggilnya doktor dari bilik sebelah. Doktor kedua pula melakukan scan ke atas perutnya. Doktor kedua juga kelihatan tidak percaya.




Akhirnya, salah seorang dari doktor itu berkata:





"Adik tak mengandung. Rahim adik kosong, " kata beliau.





Dia lega. Segala persoalan telah terjawab. Nampaknya dia terpaksa bekerja keras untuk menguruskan perutnya yang buncit seperti mengandung 4-bulan itu.







p/s: Azam tahun baru: sit-up sebelum tidur.. (*_*)v

Tuesday, November 30, 2010

Otanjoubi omedetou.. (^_~)v




1 Disember 2009







14 Disember 2009





Januari 2010






Februari 2010




Mac 2010





April 2010





Mei 2010






Jun 2010






Julai 2010








Ogos 2010





September 2010







Oktober 2010





November 2010





:: Selamat Hari Ulangtahun yang pertama buat anakanda
Mohamed Rifqi bin Mohamed Ridzuan ::



p/s I: Selamat Hari Aids Sedunia juga... (^_~)v

p/s II : Sebelah Rifqi itu Faiz; kawan baru Rifqi yang sama tarikh lahir juga... (^_~)v

Sunday, November 28, 2010

Di kejauhan.. rindu dendam..



Sudah tujuh hari.



Bergelumang dengan nota-nota, tugasan-tugasan dan buku kerja.


Tekanan datang. Bertubi-tubi.


Rindu Mohamed Rifqi yang seorang itu. Walhal baru lepas jumpa dia.


Ada tujuh hari lagi.


Dateline makin hampir. Masa makin suntuk. Banyak yang perlu diulang-kaji.


Datang lagi tekanan itu.


Ok. Lupakan tekanan yang tak akan hilang itu. Sepanjang tujuh hari saya terasing di sini, saya mula mencari diri yang selama ini makin menjauh dari-Nya. Semenjak ada Mohamed Rifqi, saya jadikan dia alasan kesibukan saya dan ketiada-masa-an saya mendekati-Nya..


Pada awal kemunculan Mohamed Rifqi dalam hidup saya, saya menjadi sangat posesif dan pelindung. Pernah satu ketika, saya tidak mahu kuatkan kipas siling kerana saya takut kipas itu akan jatuh menghempap Mohamed Rifqi! Saya juga takut jika ternampak semut atau lipas di rumah mama saya sebab saya takut serangga-serangga ini akan menyakiti anakanda saya yang seorang itu. Selain itu, saya juga rasa hanya saya yang mampu menjaga Mohamed Rifqi tanpa bantuan orang lain. Pendek kata, semua tumpuan saya hanya pada dia!


Tanpa anakanda saya di sini, saya muhasabah diri saya semula. Sesungguhnya, anakanda saya itu satu amanah yang saya perlu jaga. Namun, ibadah juga satu amanah dari Allah untuk saya sebagai hambanya. Justeru, saya ingin memperbaiki diri saya yang lemah ini. InsyaAllah..


Bila ku rindu... aku kan sebut nama mu... la la la la...


p/s: Oh! Induksi.. full stop.. (^_^)

Tuesday, November 2, 2010

Berdikari.. =(


Apa erti berdikari?


Saya mengenal erti berdikari sewaktu masuk tingkatan satu. Menghuni asrama. Menginap satu bilik dengan senior-senior yang tidak menyukai saya sebab saya tidak peramah. Belajar menangani masalah sendiri tanpa bantuan ibu bapa. PAYAH! dan akhirnya saya tewas. Saya berhenti dari menghuni asrama dan pulang ke rumah.


Saya belajar lagi erti berdikari sewaktu di tingkatan empat. Jika dulu asrama saya satu daerah dengan rumah saya, namun kali ini saya dihantar jauh ke Jasin untuk berdikari. Kembali belajar menangani masalah sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Tetapi, saya gembira berada di sana. Tiada masalah dengan sesiapa atau apa-apa. Mungkin faktor rakan-rakan menyebabkan saya rasa berdikari itu satu kebebasan buat diri saya.


Legasi berdikari itu di teruskan lagi di daerah terpencil di Negeri Sembilan. Berada setahun di sana sangat mencabar. Masalah ketiadaan air, lokasi yang jauh dari bandar, tiada pengangkutan awam menghimpit saya. Terus terang saya tidak gembira di sana kecuali satu. Saya dapat mengenali Nobiey iaitu antara teman baik saya sekarang.


Semasa di USM pula, berdikari ibarat alah bisa tegal biasa buat saya. Namun, saya mengenali erti berdikari yang sebenar semasa saya berada di New Zealand. Keseorangan dan dihimpit masalah supervisor di awal penyelidikan menyebabkan air mata tumpah dengan senangnya. Sepanjang dua tahun setengah saya berada di sana, tujuh kali saya berpindah randah ke penginapan yang baru. Saya buat kerja sambilan untuk menampung kehidupan saya di sana yang pasang surut.


Setelah berkahwin, saya masih tinggal bersama mama saya. Jadi pengalaman berdikari sedikit demi sedikit menghilang. Saya mengharap bantuan mama. Membasuh dan menyidai baju saya dan rifqi, masak makanan untuk saya, menjaga rifqi sementara saya tidur dan mengemas bilik tidur saya. Sungguh saya akan merindui ketidakberdikarian saya semasa tinggal di rumah mama.


Sekarang, di rumah baru ini, saya tinggal bertiga beranak. Tiada lagi mama yang akan membasuh dan menyidaikan baju saya dan rifqi, tiada lagi makanan tersedia semasa saya balik dari kerja, tiada orang yang akan membantu saya mengemaskan rumah.



Oh! Nampaknya sesi berdikari harus diulangi semula.. sob sob..


p/s: Mama, jasamu tidak ternilai & tidak terbalas.. Terima kasih... =)


Monday, September 6, 2010

Saya sayang abah saya...



Nama abah saya Md Zain bin Abdullah. Abah saya kata dia keturunan Hang Li Po sebab itu mata kami semua kiut-miut saja. Abah saya pandai. Dia lulus MCE dengan Gred 2. Abah kata saya pandai sebab ikut genetik dia!


Masa saya kecil, abah saya jarang marah saya. Jadi, saya memang manja dengan abah saya. Tambahan pula, abah saya kata muka saya seakan-akan muka arwah ibu dia (nenek saya). Nenek saya meninggal 1.4.1975 manakala saya dilahirkan pada 1.4.1983.. Mungkin saya ini ibarat jelmaan semula nenek saya agaknya.


Abah saya sangat suka kalau saya berjaya dalam peperiksaan. Sudah tentu, segala kemahuan saya akan dituruti jika saya cemerlang dalam peperiksaan. Begitu juga semasa saya berada di sekolah menengah dan di Universiti. Abah sentiasa memberi saya semangat supaya cemerlang dalam peperiksaan sebab dia akan berikan hadiah sebagai ganjaran.. =)


Abah saya kerja gomen saja. Pegawai kastam. Pendapatan sederhana. Anak 3 orang. Isteri seorang saja. Masa kecil-kecil kami tinggal di flet kastam tingkat 3. Tapi seingat saya, kami sekeluarga cukup makan dan pakai. Ada duit lebih, abah akan bawa makan KFC ataupun Pizza Hut walaupun hanya sekali setahun.


Abah tahu saya sangat suka makan ketam rebus dan siput sedut masak lemak. Setiap kali saya pulang ke rumah semasa cuti semester, abah pasti akan membeli ketam dan siput sedut untuk mama masak.


Sewaktu berada di tingkatan dua, saya keluar dari asrama dan terpaksa berulang alik dari port klang ke kampong jawa untuk ke sekolah. Selalunya akan menaiki komuter tapi kadang kala saya terlewat bangun tidur. Saya paksa abah hantar saya ke sekolah. Abah rela hati hantar saya naik motorsikal kapcai dia walaupun saya tahu abah sudah lambat masuk kerja. Sepanjang perjalanan, saya akan membebel kepada abah sebab saya rasa dia bawa motorsikal sangat perlahan menyebabkan saya lagi lambat sampai sekolah.




Abah,

Warkah ini untuk abah. Setiap tahun, pada tarikh ini, zura akan teringat kat abah. Tujuh tahun lepas. Hari sabtu. Zura tengah tidur. Tiba-tiba, zura dapat panggilan dari mama. Tiga perkataan sahaja dari mulut mama. “Abah dah tiada!” Zura ingat zura bermimpi. Kemudian, zura terduduk. Memikirkan samaada berada di alam realiti atau masih bermimpi. Lalu, jatuh air mata di pipi zura. Macam paip yang bocor. Terngiang-ngiang. Abah dah tiada! Zura tak mungkin berjumpa dengan abah lagi selepas ini!


Abah,

Petang itu. Mujur, zura sempat menatap wajah abah sebelum dibawa ke masjid untuk dimandi dan dikafankan. Muka abah pucat. Sejuk.Tapi abah senyum. Abah tak bergerak bila zura goncangkan badan abah. Zura tak henti menangis, abah. Setiap masa. Semasa di liang lahad, semasa talkin di bacakan, semasa menjirus pusara abah, semasa melangkah pergi dari kubur abah.Tangisan itu tidak boleh berhenti. Dan pada malam pertama ketiadaan abah, zura, mama dan shikin tidur sekatil. Kami berpelukan dan menangis. Sepanjang hidup zura, itulah pertama kali zura menangis sampai mata bengkak teruk.

Satu persatu penyesalan muncul dalam kotak fikiran zura. Menyesal kerana jarang telefon abah semasa belajar di USM. Sekarang zura tidak boleh telefon abah dah! Menyesal selalu berkasar dengan abah. Menyesal kerana selalu melawan cakap abah. Menyesal kerana tidak meluangkan banyak masa bersama abah semasa abah masih bernyawa. Zura tidak sangka permintaan abah untuk suapkan nasi semasa di HTAR adalah pertama dan terakhir buat zura.. Andainya zura tahu!


Abah,

Tatkala ini, terlalu banyak cerita yang zura ingin kongsi dengan abah. Abah nak tahu,zura sudah berkahwin. Nama suami zura Mohamed Ridzuan. Abah tidak sempat jumpa dengan dia. Tapi lelaki yang baik, abah. Dia menjaga anak abah ini dengan baik. Abah pasti gembira. Zura pun sudah ada cahaya mata.Seorang anak lelaki. Mohamed Rifqi namanya. Cucu sulung abah! Masa baru lahir, ramai yang kata muka dia sama macam abah. Betul! Zura tak tipu! Zura juga berjaya memperoleh ijazah sarjana dan sudah bekerja di UiTM. Abah mesti bangga dengan zura kan. Zura rindu sangat dengan abah. Wajah abah makin kabur dalam ingatan zura. Andai dapat putar masa, zura ingin mengambil gambar abah banyak-banyak walaupun abah tidak suka bergambar, mengambil gambar kita sekeluarga dan video abah supaya wajah dan kelibat abah boleh dilihat setiap masa!


Abah,

Beberapa hari lagi kami akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Alangkah indah jika abah dapat beraya bersama-sama. Sudah tujuh tahun abah pergi dan Aidil Fitri tidak lagi meriah buat kami. Semoga abah tenang di sana. Hanya doa yang mampu zura kirimkan setiap kali selesai solat. InsyaAllah.


Merinduimu selalu,

Siti Norbaizura @ zura


p/s: kami semua rindu abah. sangat sangat! =(

Sunday, August 15, 2010

Kebosanan di hujung minggu.......





Apabila bonda kebosanan........


Mohamed Rifqi yang jadi mangsa....


Hehe..







muka tidak bersalah...





tak nak la bonda..




malu la saya!!




Cak!




nama saya Rifqah... hehe..





saya posing tudung tok mama ni..





walaupun kena paksa rela, saya tetap memberi kerjasama yang terbaik





p/s: adakah saya akan berpuasa penuh tahun ini?? (^_~)v

Wednesday, August 11, 2010

Drama di bulan Ramadhan Al-Mubarak...


Isu yang sama..


Tahun lepas dan juga tahun ini..


Sorang sahur di sini, sorang sahur di sana..
Sorang berbuka di sini, sorang berbuka di sana..


Harapan saya,


Semoga tahun depan kami sekeluarga dapat bersahur dan berbuka bersama-sama..
InsyaAllah!!


p/s: dinda rindu kanda la!!! huhu... (:*_*:)v

Saturday, August 7, 2010

Tarikh tujuh Ogos.....



Kamu tahu tak Nobita lahir pada 7 Ogos 1953?


Tak tahu??


Jika Nobita itu wujud di alam realiti, beliau berusia 57 tahun sekarang. Lebih tua dari mama saya!!


Macam mana saya tahu??


Saya peminat komik Doraemon masa kecil-kecil dulu. Juga peminat Doraemon siaran di TV2.


Pernah satu hari, saya terjaga dari tidur dan terus saya bersiap-siap mandi nak pergi ke sekolah. Selesai mandi, saya terdengar..


"Ang ang ang... totemo daisuki... Doraemon!!!!


Saya blurr sebentar... Cerita Doraemon selalunya keluar TV waktu petang bukan waktu pagi sewaktu mahu ke sekolah.. Rupanya saya tertidur waktu Asar.. Bila terjaga saya jadi tak betul sekejap..


Jadi, betul lah kata orang tua-tua kalau tidur petang boleh mewarisi kegilaan!


Sambungan...


Dia juga lahir pada tanggal 7 Ogos seperti Nobita! Cuma tahun saja yang berbeza..


Saya rapat dengan dia masa kecil-kecil dulu. Selalu ikut dia naik basikal keliling kampung. Ikut dia menangkap ikan di longkang-longkang. Belajar main gasing dan mercun dari dia. Juga main baling-baling selipar.


Apabila dia besar sedikit, dia mula jauhkan diri dari saya. Saya tak boleh sertai geng dia. sebab saya perempuan agaknya.. Cakap pun jarang-jarang lagi. Hanya benda-benda penting saja. Tidak seperti masa kami kecil-kecil dulu.


Tapi dia adalah 'role-model' saya. Pembakar semangat saya supaya saya ikut jejak langkah dan berjaya seperti dia juga.


Dia yang saya maksudkan itu ialah abang saya : Mohd Nor Azrin bin Md Zain..


Selamat Hari lahir yang ke-30 buat kamu. Semestinya sambutan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran Annur Zulaikha yang comel itu..



p/s: Hari Lahir saya tahun ni juga bermakna dengan kehadiran Mohamed Rifqi itu..


Thursday, July 29, 2010

keberanian muncul juga... (^_~)v


29 Julai 2007 (11 pm UTC+08:00)
30 Julai 2007 (3 am UTC+12:00)


SMS
Riz pun sayang zura.. Actually dah lama riz nak tanya zura tapi macam tak sesuai nak tanya dalam SMS lagipun kita tak pernah jumpa.. Sudi tak zura jadi teman hidup riz???



Ok. Saya panik lepas baca SMS itu. Saya tak tahu nak balas apa. Waktu itu saya tengah berselubung dalam selimut tebal sebab tengah musim sejuk di Palmy. Badan rasa seram sejuk. Dalam hati dub dab dub dab. Betul ke mamat ni?? Lama juga saya berselubung dalam selimut.



Tiba-tiba handphone saya berbunyi. Saya lihat nombor yang keluar. Nombor dia!



Nak jawab ke tak? Nak jawab ke tak? Nak jawab ke tak? Nak jawab ke tak?



Saya: Hello, Assalammulaikum (gaya muslimah mesti ada!)
Dia : Waalaikumsalam.. Tengah buat ape?
Saya: Baru nak terlelap.. (tipu sunat!)
Dia: Oh, dah nak tidur ye... Zura ada dapat SMS dari Riz?
Saya: Ada...................
Dia: Macam mana?? Sudi tak??
Saya: Err, hmmm... su.. di!
Dia: Terima kasih sayang.. Selamat malam eh selamat pagi... sana dah pagi...
Saya: Selamat malam juga, sayang... (menggigil sebut sayang.. huhu..)


Itulah kisah macam mana saya dan suami 'declare' menjadi sepasang kekasih. Suami saya satu maktab dengan saya cuma saya tak pernah bercakap dengan dia semasa di MRSM Jasin. Kami akrab semasa saya di Palmy. Hari-hari mesti YM takpun saya akan telefon dia.


Buat suami saya yang tersayang : MOHAMED RIDZUAN BIN MOHAMED YUSOH, selamat ulangtahun ketiga kita menjadi kekasih.. Terima kasih kerana berani meluahkan isi hati kamu kepada saya. Juga terima kasih kerana menerima saya seadanya.


Saya sayang kamu sangat sangat.


p/s: RIDZURA FOREVER..... (^_~)v

Monday, June 28, 2010

Ikan di laut, asam di darat ...



Google > ridzuraforever blogspot > sign-in > dashboard > new post > blank > esok la taip entri baru > tak ada entri selama empat minggu! =P


Ok. Saya memang sibuk dalam bulan Jun ini. Bukan perasan sibuk tapi benar-benar sibuk. Setiap hujung minggu saya sekeluarga keluar berjalan.


Hujung minggu yang lalu saya ke Kuantan. Memenuhi jemputan kahwin rakan kelas (Ana) semasa di MRSM Jasin dulu. Juga untuk berjumpa Wenli, teman serumah saya semasa di Palmy. Sudah setahun lebih saya tak berjumpa dengan dia. Kali terakhir semasa majlis kahwin saya di Klang. Sekarang saya pun sudah ada Rifqi. Oh! cepatnya masa berlalu.




Bergambar di depan rumah sewa kami: 4/4 Rolleston Street,Palmy


Bingkisan kisah antara saya dan wenli ketika di New Zealand.



2006
Saya kenal dia. Student Malaysia tajaan MOE. Nampak serius. Tak pernah bertegur sapa. Hanya senyum saja apabila berjumpa.



2007
Kak lane ajak saya travel ke Gold Coast bersama-sama hani dan dia. Ok. Saya tidak kisah. Dalam kepala saya hanya terbayang keseronokan di Gold Coast. Ajaibnya, kami jadi akrab semasa di sana. Tak sangka dia juga gila-gila seperti saya. =)




Gembira dapat melihat ikan lumba-lumba dari jarak dekat


Kamu mesti datang ke sini. Sangat best!



2008
Awal Janua
ri, saya sakit perut. Dia hantar saya ke klinik. Doktor syaki saya ada apendiks. Saya diarah ke wad kecemasan untuk pembedahan. Dia hantar saya ke hospital. Tapi, ujian darah menunjukkan saya tidak menghidap apendiks. Saya kena tahan di wad. Dia datang setiap hari bawa makanan. Genap 5 hari saya dibenarkan pulang. Rupanya saya menghidap anaemia ovalocytosis. Penyakit keturunan. Dia risau kesihatan saya. Rupanya ibu dia juga penghidap anaemia. Kemudain, kami flatting berdua di 4/4 Rolleston Street. Dia sanggup ke kedai membeli ubat ginseng untuk tambah darah kepada saya. Kadang-kadang dia sanggup temankan saya di makmal tengah-tengah untuk ambil sampel. Saya sungguh terharu!



Ini bukan sekadar lakonan! =P


Dan, minggu lepas saya ketemu dia sekali lagi. Kami berdua sudah berubah. Bukan lagi pelajar seperti dulu. Masing masing bekerja dalam sektor pendidikan. Namun, dia tetap sama. Saya pun sama.



"betul ke kakak ni seorang cikgu? kata Rifqi dalam hati


Saya + Rifqi + Wenli


Sememangnya lawatan singkat saya ke Kuantan mengimbau banyak memori bersama wenli. Terima kasih kepada kanda saya yang sanggup mengikut kehendak isterinya yang sorang ini. =)
Bak kata Adibah Noor:

Ikan di laut...
Asam di darat...
Dalam periuk...
Bikin muafakat....



::K.a.m.i::

p/s: tiada istilah saya melayu/cina/india semasa di Palmy.. Yang ada hanyalah saya Malaysian (^_~)v

Monday, May 31, 2010

Sambungan hari ibu yang terlewat....



Kali pertama...
Aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama.......
Raut wajahmu bersih
Menyakinkan hati ini
Aku terpaut
Ohh.. Ohh.....



Kamu mahu tahu sesuatu tak? Masa mula-mula terpandang kereta di atas, saya berkata dalam hati "comelnya kereta ni".


Jadi saya pun pasang angan-angan memandu kereta ni. Bestnya kalau dapat memandu kereta ni dalam UiTM. Nak parking senang. Nak cilok pun senang. Ahaks... Berangan saja.




Remove Formatting from selectionBerposing dengan kereta idaman..




Model di atas khidmatnya tidak dibayar juga bukan pemilik kereta tersebut. Harap maklum!









Ini baru pemilik yang sebenar!!
Happy belated Mother's Day, mama!!!



Happy Mother's Day buat mama tersayang NORHAYATI BT HAMID.. Ini saja yang termampu Azrin+Azura bagi untuk mama untuk tahun ini.. huhu.. (^_~)v


p/s: Mama, orang boleh pinjam kereta baru bawa gi UiTM kan?? Ala,, boleh la!!!

Monday, May 17, 2010

Hari ibu yang terlewat..


Konon-konon berada di oversea.. ahaks.. =)




Tahun lepas, saya bergelar seorang ibu. Kira-kira baru lima bulan lebih saya menikmati kehidupan sebagai seorang ibu kepada Mohamed Rifqi. Macam tak percaya yang saya pernah mengandung sembilan bulan, melalui detik-detik kelahiran dan melihat Rifqi membesar.



Kalau boleh, saya mahu berhenti kerja. Tinggal di rumah, menjaga Rifqi dan melihat dia membesar di depan mata saya.



Kalau boleh!



Namun, saya yakin saya mampu membesarkan Rifqi dengan baik walaupun saya bekerja. Ramai wanita/ibu yang telah berjaya membuktikan mereka mampu membesarkan aset berharga mereka walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing. InsyaAllah saya juga boleh!



Terima kasih buat suami saya yang menghadiahkan percutian ke Bukit Tinggi sempena hari ibu yang lewat seminggu. Sungguh saya sayang kamu!




Dua permata + cinta hati saya...



p/s: Selamat Hari Guru buat diri sendiri... (^_~)v

Friday, April 23, 2010

Istana Kuda Emas...




Melompat lebih tinggi!!!!!



Saya tidak pernah datang ke sini. Hanya dengar nama sahaja. Hotel bertaraf 6 bintang gitu. Entah bila dapat merasa tidur dalam hotel ini. Mujur abang saya ada kerja di sini. Dapat saya, suami dan Rifqi menjejakkan kaki ke Istana kuda emas ini walaupun hanya di kawasan Entrance sahaja. huhu..




Mari lihat gambar-gambar buah hati saya...



Rifqi dengan pak long dia...



diapit dua wanita cun.. (^_~)v






boy ke girl ni??? (^_~)v




rifqi posing atas kuda emas




posing manja dari bonda.. ahaks.. =)




mak su yang over... =P



posing ayahanda mithali konon nya... =P




Rifqi with mak su, bonda & tok mama... (^_~)v




Bonda mengandung lagi ke?? ahaks.. =P





Penghabisan sekali,,




Ridzura Forever plus Rifqi... *wink* *wink*




p/s: invigilate?? bosannya... =P

Monday, April 19, 2010

Berita terkini...


Semalam

Saya menerima berita ini



Hari ini

Saya dapat pengesahan tentang berita ini




Perasaan saya? Gembira tidak.. Sedih pun tidak.. Sangat blurr ...
Tapi saya redha...

Mungkin ada hikmah disebaliknya...



UiTM Kuala Pilah! Kamu tunggu saya!



p/s: keputusannya negatif.. pheww.. lega!




Wednesday, March 31, 2010

AprilFool is my birthday!




Saya: Hari ni birthday aku!

Orang itu : Yela tu, Aprilfool..

Saya: Betul la.. Hari ni birthday aku!

Orang itu
: Alah, Aprilfool ko tak menjadi la..
Saya: Ok, tak caya tengok IC aku ni

Orang itu: (Diam jap) Gotcha! Aprilfool!
Saya: Nape lak ni?

Orang itu
: Aprilfool sebab aku pura-pura tak tahu birthday ko on Aprilfool..
Saya: Oo Ok. Ape-ape la... =P




Dulu-dulu ramai yang tak percaya birthday saya pada 1 April. Ok. Mula-mula agak sedih. Konon-konon mahu kumpul 'birthday wishes' sebanyak yang mungkin tapi 'Aprilfool wishes' yang lebih.


Sekarang saya sudah tidak kisah sangat. Semakin saya berusia semakin pudar semangat mahu menyambut hari lahir. "Birthday wishes' dari famili dan teman-teman rapat sudah cukup memadai.


Tahun ini usia saya bertambah lagi. Syukur saya masih dapat bernafas sehingga usia 27 tahun ini. Moga-moga doa kalian yang mendoakan saya panjang umur dan murah rezeki itu dimakbulkan Allah. Amin.


Kepada student-student saya, terima kasih di atas surprise-yang-tak-berapa-suprise birthday cake itu. Sungguh saya terharu!


Black Forest cake yang sangat yummy!




Sengih lebar sebab dapat kek. Ada lilin tu!



Student-student saya. Saya dah anggap mereka macam adik-adik saya.


Oh lupa. Happy 4-months birthday buat anakanda kesayangan saya- Mohamed Rifqi bin Mohamed Ridzuan. Bonda sayang kamu sangat. Ayahanda juga..




Ala la la... malu pula dia....


Lagi sekali. Pandang camera bonda ni.


One...


Two...



Three!
Selamat berusia 4 bulan sayang!


p/s: Interview?? Kecut perut.. huhu..