Sunday, January 24, 2010

Mohamed Rifqi 1st outing..

Halo.. Haw r u? (dengan nada idlan raja lawak)


Semalam saya ikut bonda dan ayahanda pergi kenduri di Shah Alam. Kenduri kawan UiTM bonda. Saya tak kenal pun. Saya ikut je. Bonda sibuk siapkan barang-barang saya sebelum keluar rumah. Kalau boleh semua barang saya bonda nak bawa. Saya cool je. Janji saya dapat minum susu.


Saya sampai ke tempat kejadian, saya lihat banyak kereta. Ayahanda nak parking pun payah. Dah la panas. Sakit muka saya. Bonda tutup muka saya dengan tuala saja. Saya jumpa kawan baru di situ. Qistina Balqis nama dia. Lagi sekali saya cool je. Sekali sekala saya melontarkan juga suara saya dengan sengaja.


Saya dengan bonda. Qistina dengan mama dia.



Saya berposing dengan kawan-kawan bonda. Sebelah saya Qistina. =)


Lepas bonda makan, saya start nangis semula. Panas betul. Bonda sudah gelabah. Ayahanda dan bonda cepat-cepat beredar dari majlis. hehe..


Lepas tu, Ayahanda bawa saya pergi Aeon Bukit Tinggi. 1st time saya duduk dalam stroller. Saya nangis. Saya lapar susu. Susu botol tak sedap. Saya mahu susu bonda. Bonda bawa saya masuk 'baby room'. Saya minum susu bonda tapi saya masih nangis. Bonda check pampers saya. Bonda tak perasan yang saya 'yak yak'. Bonda tukar pampers saya. Tapi saya nangis lagi. Suara saya kedengaran satu bilik tu. huhu.. Ayahanda pula pergi beli puting untuk diamkan saya. Bonda terus susukan saya. Lama-lama mulut saya letih, suara pun sudah serak. Last-last saya tertidur.



Ayahanda happy saya sudah tidur.



Bonda pun happy saya tak nangis lagi.


Saya terjaga semasa jalan-jalan dalam jusco. Saya nangis lagi. Saya lihat bonda dah tak jadi nak shopping lagi. Kami terus balik rumah. huhu..


Sekian sahaja dari saya. Jumpa lagi!




p/s: Rifqistina.. ok gak kan?? ahaks... =)

Monday, January 18, 2010

balik kampung..

Saya ke pulang kampung suami saya di Paloh, Kluang sabtu lalu.


Pada mulanya saya keberatan hendak pulang sebab saya tidak bersedia hendak berjalan jauh dengan baby. Sungguh saya tidak sedia! Saya tiada pengalaman. Tambahan pula, Rifqi demam batuk dan selsema. Makin risau saya.


Batuk dan selsema Rifqi agak serius. Sampai merah muka dia. Nampak dia susah payah menarik nafas. Kesian dia. Saya yang dewasa ni pun merasa azab ketika selsema inikan pula dia yang baru berusia 46 hari.


Mama pula menghantar Kak Iza ke Setiawan pada hari yang sama. Kalau boleh, saya mahu mama ikut saya balik kampung. Ada orang yang boleh tolong saya dalam perjalanan.


Saya tahu apa yang kamu fikir tentang saya. Ya, saya memang mengada-ngada. Tak boleh berdikari.


Alhamdulillah, Rifqi tak meragam sangat dalam perjalanan. Kami berhenti sekali sahaja untuk salin pampers dia. *gembira*


p/s: misi pertama dah berjaya...

Monday, January 11, 2010

Cobaan..


Kamu sudah tumbuh gigi bongsu? Mesti kamu pernah rasa ngilu, berdenyut-denyut, seram sejuk, susah nak mengunyah, pipi bengkak etc etc..



Ya, itulah yang saya lalui sejak tiga hari lalu. Sangatlah mencabar. Lebih-lebih lagi saya menyusukan Rifqi.


Aduhai, cobaan!


p/s: sabar menunggu tempoh tamat berpantang....