Monday, January 18, 2010

balik kampung..

Saya ke pulang kampung suami saya di Paloh, Kluang sabtu lalu.


Pada mulanya saya keberatan hendak pulang sebab saya tidak bersedia hendak berjalan jauh dengan baby. Sungguh saya tidak sedia! Saya tiada pengalaman. Tambahan pula, Rifqi demam batuk dan selsema. Makin risau saya.


Batuk dan selsema Rifqi agak serius. Sampai merah muka dia. Nampak dia susah payah menarik nafas. Kesian dia. Saya yang dewasa ni pun merasa azab ketika selsema inikan pula dia yang baru berusia 46 hari.


Mama pula menghantar Kak Iza ke Setiawan pada hari yang sama. Kalau boleh, saya mahu mama ikut saya balik kampung. Ada orang yang boleh tolong saya dalam perjalanan.


Saya tahu apa yang kamu fikir tentang saya. Ya, saya memang mengada-ngada. Tak boleh berdikari.


Alhamdulillah, Rifqi tak meragam sangat dalam perjalanan. Kami berhenti sekali sahaja untuk salin pampers dia. *gembira*


p/s: misi pertama dah berjaya...

No comments:

Post a Comment