Thursday, February 25, 2010

Wajah kesayangan hamba..


Saya malas nak upload gambar rifqi banyak-banyak. Mahu jadi eksklusif kononnya. Ala-ala selebriti gitu.Namun, ada beberapa keping foto rifqi yang ingin saya kongsi bersama kamu.



Nah! sila tatap wajah kesayangan hamba ini puas-puas (especilly buat mamaAliya!)..





mahu menggeliat sikit =)



argh, bosannya!



muka kekenyangan.. =P


muka kelaparan pula =)



orang pandang saya ke bear ni? control2.. =)




mari eksesais lidah! =P




rambut ala-ala trojan.. hehe.. =)



amboih.. sukanya dia.. =)



rifqi nak berdiri la, bonda.. =)




Saya sudah botak.. hensem tak?




bonda nak upah susu dah..yay!




eeiii geramnye.. =)



cak!! =)



muka minta ditukarkan pampers... hehe.. =)



Sekian sahaja dari saya. Terima kasih dan sila datang lagi!! (^_~)v






Tuesday, February 23, 2010

Azam-tak-berapa-baru di tahun baru..

Syooh.. syooh!


Dua ekor labah-labah baru saja melompat keluar tadi. Kamu nampak tak?


Haish. Dah bersawang blog ini. Lama juga saya tak update. Saya saja perasan sibuk sejak kebelakangan ini. hehe..


Oh ya. Saya baru memasang/membuat azam baru untuk tahun ini. Masih belum terlambat bukan walaupun sudah mahu masuk bulan ketiga di tahun baru.


Kamu sila lihat gambar di bawah.



Nampak tak? Mari lihat dari jarak dekat pula.




Tak nampak lagi? Ok. Cuba kamu fokuskan kedua-dua anak mata ke arah hidung pula.





Nah. Sudah nampak kan?



Ya, tahun ni saya berazam hendak menjadi pemerah susu tegar daripada pemerah susu ala kadar. Saya berharap azam tak-berapa-baru saya ini akan tercapai. InsyaAllah.. Seperti biasa, kamu doakan saya ya!


p/s: Medela freestyle masih menjadi idaman hatiku.. huhu..

Sunday, February 7, 2010

Kembali ke normal


Saya sudah kembali bekerja minggu lepas. Juga serentak dengan suami saya yang memulakan kerja di tempat barunya di sungai buloh. Terus terang, saya malas mahu pergi kerja. Malah, saya juga masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan rutin harian saya yang baru ini.



Sepanjang minggu lepas, kelas saya belum lagi bermula. Mungkin minggu depan atau selepas cuti pertengahan semester nanti. Terpulang kepada saya sebenarnya.


Rifqi saya tinggalkan dengan mama saya untuk diasuh. Sebelum kerja saya susukan Rifqi. Di pejabat saya pam susu saya. Ikut mood saya. kadang-kadang saya malas mahu pam. Rifqi minum susu badan tetapi saya campurkan juga dengan susu formula. Manalah tahu jika rezeki saya untuk susukan Rifqi selama 2 tahun tidak kesampaian, Rifqi tidak akan menolak untuk minum susu formula. Buat masa sekarang saya guna susu Enfalac.


Semalam saya bawa Rifqi ke klinik untuk suntikan vaksinasi pada bulan ke-3. Kesian dia kena cucuk di peha. Kemudian kami pergi shopping baju Rifqi di Plaza Alam Sentral. Shopping baju saya yang banyak sebenarnya. Rifqi tak banyak meragam, tidur saja dalam stroller. Lega!


Rasanya masih tidak terlalu lewat untuk saya berazam pada tahun baru ini. Azam saya ialah untuk menyusukan Rifqi selama mana yang boleh. InsyaAllah! Saya juga berazam untuk mengurangkan pengambilan 'teh tarik' demi Rifqi.. (^_~)v


p/s: semakin hari semakin sayang......... =)