Sunday, February 7, 2010

Kembali ke normal


Saya sudah kembali bekerja minggu lepas. Juga serentak dengan suami saya yang memulakan kerja di tempat barunya di sungai buloh. Terus terang, saya malas mahu pergi kerja. Malah, saya juga masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan rutin harian saya yang baru ini.



Sepanjang minggu lepas, kelas saya belum lagi bermula. Mungkin minggu depan atau selepas cuti pertengahan semester nanti. Terpulang kepada saya sebenarnya.


Rifqi saya tinggalkan dengan mama saya untuk diasuh. Sebelum kerja saya susukan Rifqi. Di pejabat saya pam susu saya. Ikut mood saya. kadang-kadang saya malas mahu pam. Rifqi minum susu badan tetapi saya campurkan juga dengan susu formula. Manalah tahu jika rezeki saya untuk susukan Rifqi selama 2 tahun tidak kesampaian, Rifqi tidak akan menolak untuk minum susu formula. Buat masa sekarang saya guna susu Enfalac.


Semalam saya bawa Rifqi ke klinik untuk suntikan vaksinasi pada bulan ke-3. Kesian dia kena cucuk di peha. Kemudian kami pergi shopping baju Rifqi di Plaza Alam Sentral. Shopping baju saya yang banyak sebenarnya. Rifqi tak banyak meragam, tidur saja dalam stroller. Lega!


Rasanya masih tidak terlalu lewat untuk saya berazam pada tahun baru ini. Azam saya ialah untuk menyusukan Rifqi selama mana yang boleh. InsyaAllah! Saya juga berazam untuk mengurangkan pengambilan 'teh tarik' demi Rifqi.. (^_~)v


p/s: semakin hari semakin sayang......... =)

No comments:

Post a Comment