Sunday, March 28, 2010

Dua puluh sembilan . bulan mac . dua ribu sepuluh



Ada seorang kawan namanya Ah Meng,

Dia juga berkawan namanya Muthu, Kami berkawan baik sama sedarjah,
Belajar bersama main bersama,
Hey...hey....hey
Hey...hey....hey 3 sekawan


Masa kecil-kecil dulu saya seorang yang resesif. Orang melayu panggil 'introvert'. Saya tidak suka menonjol dalam kelas. Berdiri depan kelas pun saya tak mahu. Jadi saya susah untuk berkawan dengan orang. Walaubagaimanapun, dia sanggup kawan dengan saya.



Saya ingat lagi. Dia selalu bawa bekal ke sekolah. Dalam bekas tuppaware warna merah. Semasa kecil saya tidak suka minum air masak. Hanya air berais yang saya mahu. Tapi entah mengapa air masak dalam bekas tuppaware merah yang dia bawa terasa sedap sekali!



Kami memang rapat. Kami pernah masuk Talentime sama-sama masa darjah 4. Saya nyanyi lagu Ella (pengemis cinta). Dia nyanyi lagu Ayati Tasrip (ikan kekek). Kami sama-sama tidak menang. Kami juga mengambil kelas tuisyen yang sama di Klang (Institut Chand).



Memang dah ditakdirkan yang kami sekali lagi sama-sama masuk sekolah menengah yang sama. Merasai kehidupan di hostel. Outing sama-sama. Masuk taekwondo sama-sama. Ambil kelas tuisyen yang sama.



Saya selalu datang ke rumah dia masa kecil. Lepak sambil makan tengah hari. Kami juga bertukar-tukar hadiah hari jadi tiap-tiap tahun memandangkan hari jadi kami dekat-dekat saja. Tradisi itu terhenti apabila saya sambung belajar ke MRSM dan dia ke Teknik masa tingkatan 4.



Buat
MAZURA SOFIA BT MOHD MAAROF , Selamat Hari Lahir buat kamu. Sepanjang 20-tahun saya kenal kamu, kamulah antara teman paling rapat saya. Always and forever!



Saya dan dia sewaktu masih muda remaja =)



p/s: 3 hari lagi?? (^_~)v

1 comment:

  1. OMG!!!!!!!

    KENAPA AKU BARU TERBACA ENTRI INI???

    (ayat huruf besar untuk marah diri sendiri...)

    wahai Siti Nur Baizura ku tersentuh hati membaca entri ini..tsk T_T

    thank you very much my BEST FRIEND FOREVER!!!!!

    alamak dah terlepas plak..

    chorrriiii...!!!

    ReplyDelete