Saturday, March 27, 2010

Our 1st Anniversary!



Ok. Saya tahu. Sepatutnya entri ini dipos pada 28 febuari lalu iaitu sempena ulangtahun perkahwinan saya yang pertama. Tapi disebabkan saya yang perasan sibuk, maka lambatlah saya mengepos entri ini. hehe..


Sedar tak sedar, hari ini sudah genap setahun sebulan (disebabkan entri ini dipos sebulan selepas anniversary) saya bergelar isteri. Juga baru 4 bulan bergelar seorang ibu. Kini hidup saya lebih bermakna. Sebagai seorang wanita, saya rasa diri saya sudah lengkap.


Sebelum berkahwin dulu, bagi saya alam percintaan sungguh indah. Kamu pasti setuju dengan saya. Namun alam perkahwinan adalah realiti sebenar yang mesti dihadapi. Jika dulu semasa bercinta kamu hanya fikirkan untuk menjaga hati si dia namun selepas berkahwin banyak hati yang perlu dijaga. Tiada lagi istilah 'saya' dalam kamus hidup kamu. Akan diganti dengan 'kami'.
Kesabaran kamu juga akan selalu diuji. Bahkan perbalahan juga akan berlaku. Ditambah dengan kewangan yang pasang surut.


Jadi kamu tak mahu kahwin kah?



Ish ish rugi tau tak kahwin. Kamu jangan takut. Itu semua asam garam rumah tangga. Kapal mana yang tidak dilambung ombak kan. Yang pasti jika kamu sayang akan dia, bersedia untuk mengharungi lambungan ombak itu bersama-sama. InsyaAllah!





Ridzura Forever!!



p/s: Dinda sayang kanda.. plus diamond necklace itu.. (^_~)v

No comments:

Post a Comment