Sunday, March 14, 2010

Sampai ketemu lagi..



Saya kenal dia. Kami satu maktab di Jasin. Namun, saya jarang bertegur sapa dengan dia. Selepas SPM kami tak pernah jumpa. Sampailah tahun lepas. Saya jumpa dia semula. Tak sangka kami sama-sama mengandung!


Saya preggie 10-minggu dia preggie 8-minggu


Berjaya mendaki mount Hutt menaiki kereta antik!


Sesi fotografi.


Mahu menunjukkan perut yang masih slim.


Kemudian kami berpisah semula. Saya perlu bertugas. Dia perlu meneruskan perjuangan dia. Tapi kami sama-sama berkongsi pengalaman 'membawa perut'. Saya cerita tentang 'Din'. Dia cerita tentang 'Aliya'.


Saya bertemu dia semula dalam bulan Oktober tahun lepas. Kami sama-sama memboyot waktu itu. Sempat lagi kami bershopping di Jusco Bukit Tinggi.


Say cheese!

Dia datang melawat saya sewaktu saya di hospital selepas melahirkan Mohamed Rifqi. Dia tidak berpeluang melihat Mohamed Rifqi kerana Rifqi demam kuning dan dirawat bawah photo lamp. Selang 3 minggu kemudian, dia selamat melahirkan puteri sulungnya: Aliya Altafunnisa. Akan tetapi, saya tidak berkesempatan melawat Aliya di Senawang.

Oh! Saya kelihatan sangat gemuk! *malu mode*

Minggu lepas kami berpisah lagi. Saya sempat bertemu dengannya. Rifqi betemu Aliya. Dia perlu meneruskan semula perjuangan yang terhenti seketika itu.


kami bukan anak dara lagi! hehe..


Jejak kasih Rifqi dan Aliya


Saya berdoa yang kami akan ketemu lagi di masa akan datang. InsyaAllah!


All da best Siti Ujila bt Masuri!!!


p/s: Nafsu makan makin bertambah. Adakah....????

3 comments:

  1. huwaaaaaaaaaaa touching aaa..sob sob

    ReplyDelete
  2. adakah? rifqi jd abg long.

    ReplyDelete
  3. mama rifqi telah menerima award ini..sila terima nya --> http://kisahnye.blogspot.com/2010/03/my-very-first-blog-award.html

    ReplyDelete