Tuesday, November 30, 2010

Otanjoubi omedetou.. (^_~)v




1 Disember 2009







14 Disember 2009





Januari 2010






Februari 2010




Mac 2010





April 2010





Mei 2010






Jun 2010






Julai 2010








Ogos 2010





September 2010







Oktober 2010





November 2010





:: Selamat Hari Ulangtahun yang pertama buat anakanda
Mohamed Rifqi bin Mohamed Ridzuan ::



p/s I: Selamat Hari Aids Sedunia juga... (^_~)v

p/s II : Sebelah Rifqi itu Faiz; kawan baru Rifqi yang sama tarikh lahir juga... (^_~)v

Sunday, November 28, 2010

Di kejauhan.. rindu dendam..



Sudah tujuh hari.



Bergelumang dengan nota-nota, tugasan-tugasan dan buku kerja.


Tekanan datang. Bertubi-tubi.


Rindu Mohamed Rifqi yang seorang itu. Walhal baru lepas jumpa dia.


Ada tujuh hari lagi.


Dateline makin hampir. Masa makin suntuk. Banyak yang perlu diulang-kaji.


Datang lagi tekanan itu.


Ok. Lupakan tekanan yang tak akan hilang itu. Sepanjang tujuh hari saya terasing di sini, saya mula mencari diri yang selama ini makin menjauh dari-Nya. Semenjak ada Mohamed Rifqi, saya jadikan dia alasan kesibukan saya dan ketiada-masa-an saya mendekati-Nya..


Pada awal kemunculan Mohamed Rifqi dalam hidup saya, saya menjadi sangat posesif dan pelindung. Pernah satu ketika, saya tidak mahu kuatkan kipas siling kerana saya takut kipas itu akan jatuh menghempap Mohamed Rifqi! Saya juga takut jika ternampak semut atau lipas di rumah mama saya sebab saya takut serangga-serangga ini akan menyakiti anakanda saya yang seorang itu. Selain itu, saya juga rasa hanya saya yang mampu menjaga Mohamed Rifqi tanpa bantuan orang lain. Pendek kata, semua tumpuan saya hanya pada dia!


Tanpa anakanda saya di sini, saya muhasabah diri saya semula. Sesungguhnya, anakanda saya itu satu amanah yang saya perlu jaga. Namun, ibadah juga satu amanah dari Allah untuk saya sebagai hambanya. Justeru, saya ingin memperbaiki diri saya yang lemah ini. InsyaAllah..


Bila ku rindu... aku kan sebut nama mu... la la la la...


p/s: Oh! Induksi.. full stop.. (^_^)

Tuesday, November 2, 2010

Berdikari.. =(


Apa erti berdikari?


Saya mengenal erti berdikari sewaktu masuk tingkatan satu. Menghuni asrama. Menginap satu bilik dengan senior-senior yang tidak menyukai saya sebab saya tidak peramah. Belajar menangani masalah sendiri tanpa bantuan ibu bapa. PAYAH! dan akhirnya saya tewas. Saya berhenti dari menghuni asrama dan pulang ke rumah.


Saya belajar lagi erti berdikari sewaktu di tingkatan empat. Jika dulu asrama saya satu daerah dengan rumah saya, namun kali ini saya dihantar jauh ke Jasin untuk berdikari. Kembali belajar menangani masalah sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Tetapi, saya gembira berada di sana. Tiada masalah dengan sesiapa atau apa-apa. Mungkin faktor rakan-rakan menyebabkan saya rasa berdikari itu satu kebebasan buat diri saya.


Legasi berdikari itu di teruskan lagi di daerah terpencil di Negeri Sembilan. Berada setahun di sana sangat mencabar. Masalah ketiadaan air, lokasi yang jauh dari bandar, tiada pengangkutan awam menghimpit saya. Terus terang saya tidak gembira di sana kecuali satu. Saya dapat mengenali Nobiey iaitu antara teman baik saya sekarang.


Semasa di USM pula, berdikari ibarat alah bisa tegal biasa buat saya. Namun, saya mengenali erti berdikari yang sebenar semasa saya berada di New Zealand. Keseorangan dan dihimpit masalah supervisor di awal penyelidikan menyebabkan air mata tumpah dengan senangnya. Sepanjang dua tahun setengah saya berada di sana, tujuh kali saya berpindah randah ke penginapan yang baru. Saya buat kerja sambilan untuk menampung kehidupan saya di sana yang pasang surut.


Setelah berkahwin, saya masih tinggal bersama mama saya. Jadi pengalaman berdikari sedikit demi sedikit menghilang. Saya mengharap bantuan mama. Membasuh dan menyidai baju saya dan rifqi, masak makanan untuk saya, menjaga rifqi sementara saya tidur dan mengemas bilik tidur saya. Sungguh saya akan merindui ketidakberdikarian saya semasa tinggal di rumah mama.


Sekarang, di rumah baru ini, saya tinggal bertiga beranak. Tiada lagi mama yang akan membasuh dan menyidaikan baju saya dan rifqi, tiada lagi makanan tersedia semasa saya balik dari kerja, tiada orang yang akan membantu saya mengemaskan rumah.



Oh! Nampaknya sesi berdikari harus diulangi semula.. sob sob..


p/s: Mama, jasamu tidak ternilai & tidak terbalas.. Terima kasih... =)