Tuesday, November 2, 2010

Berdikari.. =(


Apa erti berdikari?


Saya mengenal erti berdikari sewaktu masuk tingkatan satu. Menghuni asrama. Menginap satu bilik dengan senior-senior yang tidak menyukai saya sebab saya tidak peramah. Belajar menangani masalah sendiri tanpa bantuan ibu bapa. PAYAH! dan akhirnya saya tewas. Saya berhenti dari menghuni asrama dan pulang ke rumah.


Saya belajar lagi erti berdikari sewaktu di tingkatan empat. Jika dulu asrama saya satu daerah dengan rumah saya, namun kali ini saya dihantar jauh ke Jasin untuk berdikari. Kembali belajar menangani masalah sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Tetapi, saya gembira berada di sana. Tiada masalah dengan sesiapa atau apa-apa. Mungkin faktor rakan-rakan menyebabkan saya rasa berdikari itu satu kebebasan buat diri saya.


Legasi berdikari itu di teruskan lagi di daerah terpencil di Negeri Sembilan. Berada setahun di sana sangat mencabar. Masalah ketiadaan air, lokasi yang jauh dari bandar, tiada pengangkutan awam menghimpit saya. Terus terang saya tidak gembira di sana kecuali satu. Saya dapat mengenali Nobiey iaitu antara teman baik saya sekarang.


Semasa di USM pula, berdikari ibarat alah bisa tegal biasa buat saya. Namun, saya mengenali erti berdikari yang sebenar semasa saya berada di New Zealand. Keseorangan dan dihimpit masalah supervisor di awal penyelidikan menyebabkan air mata tumpah dengan senangnya. Sepanjang dua tahun setengah saya berada di sana, tujuh kali saya berpindah randah ke penginapan yang baru. Saya buat kerja sambilan untuk menampung kehidupan saya di sana yang pasang surut.


Setelah berkahwin, saya masih tinggal bersama mama saya. Jadi pengalaman berdikari sedikit demi sedikit menghilang. Saya mengharap bantuan mama. Membasuh dan menyidai baju saya dan rifqi, masak makanan untuk saya, menjaga rifqi sementara saya tidur dan mengemas bilik tidur saya. Sungguh saya akan merindui ketidakberdikarian saya semasa tinggal di rumah mama.


Sekarang, di rumah baru ini, saya tinggal bertiga beranak. Tiada lagi mama yang akan membasuh dan menyidaikan baju saya dan rifqi, tiada lagi makanan tersedia semasa saya balik dari kerja, tiada orang yang akan membantu saya mengemaskan rumah.



Oh! Nampaknya sesi berdikari harus diulangi semula.. sob sob..


p/s: Mama, jasamu tidak ternilai & tidak terbalas.. Terima kasih... =)


1 comment:

  1. salam aidiladha...ah..alang2 berdikari tu...meh la rasa sikit rendang ayam buatan sana...

    ReplyDelete