Tuesday, December 28, 2010

Dua campur enam..



Anakanda saya, Mohamed Rifqi demam sejak hari ahad yang lalu. Badan panas. Merengek. Nangis. Henti. Nangis balik. Hingga keluar air mata.


Kesian dia.


Saya bawa dia ke klinik. Doktor kata tekak dia ok. Tak merah. Telinga ok. Tiada jangkitan. Cuma badan panas. 38 C. Dapat dua botol ubat. Hajat mahu beri dia suntikan bulan ke-12 tertangguh.


Balik rumah. Periksa mulut dia. Rupanya dua batang gigi depan belah bawah sudah tumbuh. Sebab itu demam agaknya.


Dua campur enam. Lapan batang gigi semuanya sekarang. Nampaknya saya dah boleh ajar dia gosok gigi nanti.



p/s: sabar menanti saat langkah pertama itu.. (^_~)v

Tuesday, December 14, 2010

Persoalan yang akhirnya terjawab juga..



Tanggal 6 disember yang lalu..


Kelihatan seorang wanita memasuki sebuah klinik swasta. Klinik panel tempat dia bekerja. Selepas mengambil no. giliran, dia duduk. Perutnya diusap-usap. Kemudian, dia bingkas bangun menuju ke musolla di dalam klinik berkenaan. Dia tersedar yang dia belum lagi menunaikan solat zuhur.



Selesai sahaja dia menunaikan solat, no. gilirannya dipanggil. Dia cepat-cepat meluru masuk ke dalam bilik doktor. Dia mahukan kepastian. Hari itu juga. Sudah ramai yang menegur tentang perutnya itu. Jika dikira-kira, kurang lebih tujuh bulan dia tidak datang bulan. Juga suntikan depo yang terakhir adalah pada bulan Jun. Dia bimbang. Tidak keruan sejak beberapa hari yang lalu.


Tok.. tok..



Salam diberi. Doktor bertanyakan masalah dia. Dia hanya menunjukkan perutnya dan meminta pandangan doktor. Doktor agak terperanjat. Ini seperti mempunyai sesuatu di dalamnya. Sejarah kesihatannya disoal-siasat. Kali terakhir datang bulan. Tarikh bersalin. Jenis perlahiran- normal atau pembedahan.Menyusu badan.



Doktor menyuruhnya berbaring di atas katil. Perutnya di-scan. Doktor berkerut. Dia tidak berpuas hati. Lantas dipanggilnya doktor dari bilik sebelah. Doktor kedua pula melakukan scan ke atas perutnya. Doktor kedua juga kelihatan tidak percaya.




Akhirnya, salah seorang dari doktor itu berkata:





"Adik tak mengandung. Rahim adik kosong, " kata beliau.





Dia lega. Segala persoalan telah terjawab. Nampaknya dia terpaksa bekerja keras untuk menguruskan perutnya yang buncit seperti mengandung 4-bulan itu.







p/s: Azam tahun baru: sit-up sebelum tidur.. (*_*)v