Wednesday, December 7, 2011

Angka enam yang pedih..



Kamu nak tahu sesuatu?






Mengenai tempat kerja saya..






UiTM Kuala Pilah kampus Beting..






Ok. Kalau kamu mahu memasuki UiTM kampus Beting, kamu terpaksa melalui jalan kampung kira-kira enam km dari jalan besar Kuala Pilah ke Bahau. Selain itu, kamu juga terpaksa melalui selekoh-selekoh tajam termasuk bom-bom organik yang sengaja dipasang di atas jalan kampung itu.






Bagi saya itu sudah biasa. Rutin bagi saya.






Namun, 






Tanggal enam disember yang lalu meninggalkan impak yang besar dalam hidup saya..






Kira-kira 1.30 petang, di selekoh yang terakhir sebelum memasuki kampus.. Sekujur tubuh terlantar di atas jalan raya bertar itu. Kelihatan motorsikalnya remuk dan sebuah kereta remuk bahagian depannya.






Saya adalah orang yang dipilih untuk menyaksikan kejadian itu. Di mana penunggang yang menunggang motorsikal itu menghentam bahagian depan kereta yang saya naiki. Sejurus selepas itu, suasana sunyi sepi seketika. Saya terkedu. Memori enam tahun lepas menjelma kembali. Cuma bezanya, enam tahun lepas saya yang terlantar di atas jalan raya seperti penunggang itu.






Darah saya berderau. Badan saya seram sejuk. Hati saya risau. Jantung berdegup kencang. Sungguh saya tidak mahu melihat wajah penunggang itu. Mahupun keadaan kereta yang saya naiki.






Kira-kira jam enam petang, saya menerima SMS dari teman sekerja saya. Penunggang itu merupakan pelajar semester 2 jurusan perniagaan. Beliau telah menyahut panggilan ilahi akibat kecederaan dalaman yang serius. Saya sedih. Rasa bersalah menyelubungi saya walaupun saya tahu memang itu sudah suratan hidup beliau. Sedih!






p/s: Al-fatihah buat arwah..... Moga kamu tenang di sana.....




Tuesday, November 8, 2011

Mungkinkah santau angin?





Hampir tiga minggu lebih saya kembung perut. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Saya fikir mungkin saya hendak datang bulan. Sebab itu perut saya kembung. Selepas menunggu beberapa lama, darah kotor itu tidak juga muncul-muncul.



Terdetik dalam hati saya, mungkinkah saya terkena buatan orang? Santau angin barangkali. Mungkin santau itu tidak ditujukan kepada saya tapi saya yang terkena kesannya. Kemungkinan itu ada. Tapi, akal saya berkeras mengatakan itu cuma perasaan saya.



Saya ingat lagi, sewaktu saya berjogging di stadium belia dan sukan Paroi. Saya ada menegur seorang lelaki  yang mengambil bola Rifqi yang saya tinggalkan (tanpa izin saya) sementara saya bawa Rifqi pusing satu trek. Saya akui nada suara saya agak keras. Mungkinkah dia terasa? Mungkinkah dia yang santau saya? Sebab sekembalinya saya ke rumah pada hari tersebut, terus saya sakit perut dan muntah-muntah.



Dan, sakit itu berlanjutan. Kadang-kadang pening kepala. Ditambah pula dengan selsema dan sakit tekak. Saya ada berjumpa dengan dokor panel UiTM. Beliau kata memang perut saya kembung dengan angin. Mungkin saya tersalah makan benda-benda berangin atau saya lambat makan. Seingat saya tak ada. Saya juga jarang melewat-lewatkan makan. Aneh!



Saya cuba bermacam macam petua. Minum air halia, minum eno, minum woodward's gripe water, minum coca-cola, minum 100 plus. Tapi masih sama. Perut saya tetap kembung. Mahu sendawa tapi tidak berjaya. Mahu buang angin pun tidak bisa. Sedih! Mujur suami saya faham dan mahu mengurut saya sikit-sikit untuk menghilangkan angin dari badan saya.



Jumaat lepas, saya nekad mahu berjumpa doktor pakar wanita di Senawang. Walaupun hati saya menyuruh saya berjumpa pakar perubatan Islam namun akal saya menolak. Mahu mencuba ubatan moden dulu! Hanya satu yang terlintas di kepala. Hospital Pakar Wanita Sukhilmi di Taman Bandar Senawang. Berdekatan dengan taska Rifqi. Saya terus berjumpa dengan Dr. Sukhilmi. Satu persatu sejarah saya cerita. Bagaimana dan di mana saya bersalin, ambil suntikan depo, berhenti ambil depo, ambil Noriday, makan EPO, menyusu badan sampailah saya sakit kembung perut. Dr. Sukhilmi hanya senyum. Dia mahu scan perut saya. Saya menurut saja. 




Hati saya berdebar-debar. 




Dub dab...




Dub dab...





Dub dab..




Akhirnya, air mata ini mengalir juga..










Rezeki yang tidak diduga.. Alhamdulillah!








Nampaknya Rifqi akan ada kawan tahun depan.. InsyaAllah. Kamu doakan saya ya!








p/s: Betul lah terkena buatan orang!! (^_~)v







Tuesday, November 1, 2011

Ulang tahun yang pertama..



Hari ini..


Genap setahun saya berkhidmat di UiTM Kuala Pilah......


Genap setahun saya berulang alik 42 km ke tempat kerja......


Genap setahun saya bermastautin di Senawang.......


Genap setahun saya tinggal bersama-sama dengan suami.....


Genap setahun Rifqi berada di taska Iman CC....


Genap setahun kami menyewa rumah dan kontraknya tamat...



Alhamdulillah!!!  (^_~)v



p/s: pantasnya masa berlalu..... 





Wednesday, October 19, 2011

Ekspo inovasi Islam 2011 di USIM

Hari Pertama Ekspo


Hari kedua


Sempat posing sementara menunggu juri



Hari ketiga - Alhamdulillah 2 Bronze (^_~)v




Wednesday, August 10, 2011

Sailor venus itu telah berpunya...



Kira-kira 11 tahun yang lalu,



Dia menggelarkan dirinya Sailor Venus. Manakala, saya pula Sailor Mars. Dia juga mahu menjadi squall manakala saya seifer (Sila rujuk final fantasy).




Saya kenali dia di MRSM Jasin. Jiran sebelah bilik saya. Agak pendiam pada mula-mula perkenalan kami. Saya mula rapat dengan dia semasa Form 5. Sikapnya yang mengambil berat membuatkan saya rasa seperti dia adalah kakak saya. Ya, saya memang berharap mempunyai seorang kakak pada waktu itu. Dan saya anggap dia kakak saya yang amat penyayang.




Saya ingat lagi, sewaktu saya demam. Dia yang akan buatkan milo panas untuk saya, tapaukan makanan dari dewan selera dan selimutkan saya jika saya tertidur lepas makan ubat. Terharu bukan? Pernah satu ketika, saya merengek mahu makan meggi. Tidak sampai sepuluh minit kemudian, dia datang ke bilik saya dengan meggi satu mangkuk. Dia tidak kisah saya selongkar almari dia jika saya lapar. Oh! Baik sungguh dia dengan saya.



Saya juga mengenali famili dia. Keluarga yang sangat bahagia pada kaca mata saya. Saya selalu bermalam pada hujung minggu di rumah dia. Ibu bapa dia sangat baik pada saya walaupun saya orang asing dalam keluarga dia. Juga tidak lokek membelanja saya dan beri wang saku. Sungguh seronok waktu itu.



Kami sering belajar bersama-sama waktu prep. Stay up sama-sama. Minat subjek biologi sama-sama. Semasa peperiksaan SPM berakhir, saya tumpang rumah dia sementara menunggu kertas Tasawwur, kertas terakhir saya. Saat saya berpisah dengan dia, saya peluk dia kuat-kuat. Saya tidak sanggup berpisah dengan kakak saya. Semasa dalam kereta, saya menangis teresak-esak membaca kad ucapan yang diberikan kepada saya.



Selepas Form 5, saya meneruskan pengajian di matrikulasi manakala dia di Pusat asasi UM. Kami masih sering berutus surat dan kad. Namun, jarak yang jauh itu agak merenggangkan hubungan kakak-adik kami.



Pada 9 September 2003, sewaktu saya mendapat berita tentang pemergiaan arwah abah saya, dia orang pertama saya hubungi untuk minta bantuan. Sampainya di KLIA, ayah dia sudah menunggu untuk membawa saya dan abang ke Port Klang. Besar sungguh jasa dia sekeluarga pada saya.



Pada hari raya tahun lepas, saya sekeluarga datang beraya di rumah keluarganya. Masih sama cuma ada sedikit penambahan. Ibu masih jelita seperti dahulu. Cuma ayahnya agak kurus dan cengkung. Adiknya Ija juga sudah besar panjang. Benar tujuh tahun itu satu jangka masa yang panjang.



Dan,



Sempena BERSIH 2.0 pada 9 Julai yang lalu, dia telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati. Saya gembira. Doa saya supaya kakak merangkap sailor venus merangkap squall menemui cinta sejati dia.


Sebulan kemudian,




Di saat dia hampir ke gerbang bahagia, dia telah diuji dengan pemergian ayah tercinta pada pagi 9 ramadhan yang lalu. Terkejut saya menerima berita itu. Masih teringat wajah gembira arwah di hari pertunangan anak sulung beliau.



Buat Nur Ainita bt Mokhtar@ sailor venus @ squall



Seif harap squall tabah dan redha di atas pemergian arwah. Seif juga harap squall bahagia dengan teman hidup pilihan squall. Selepas ini, squall boleh buatkan milo panas untuk dia, masakkan meggi untuk dia dan selimutkan dia jika dia tertidur lepas makan ubat. *senyum*





p/s: Mahu jadi muda kembali!! huhu...

Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadhan 1432H


Tatkala ini,



Saya berbuka seorang diri di pejabat. Bersama segelas air teh tarik segera 3 in 1 dan kek keju. Ihsan daripada rakan sekerja.



Jam 8.30 nanti saya punya kuliah ganti. Ekoran masalah litar pintas yang berlanjutan hampir dua minggu. Tiada sebarang tanda kelas saya boleh digunakan pada waktu terdekat ini. Makanya terpaksalah saya mengorbankan masa berbuka puasa bersama suami tercinta hari ini. Huhu..



Dugaan!!!!





p/s: UiTM di hatiku...



Thursday, July 21, 2011

Pengalaman pertama..



Pertama kali dalam hidup dia dimasukkan dalam wad.




Pertama kali dalam hidup dia dicucuk dibelakang tapak tangan untuk masukkan air.




Pertama kali saya melihat dia meronta-ronta sebegitu.




Pertama kali naluri saya sangat tersentuh melihat dia dalam kesakitan yang amat sangat.




Pertama kali saya menemani anak sakit di hospital.



Saya tahu saya harus tabah dengan dugaan kali ini. Semoga dia cepat sembuh. Amin!



p/s: hospital ke planetarium ?? =)

Wednesday, July 20, 2011

Risau..



Semalam mata kirinya dipenuhi tahi mata. Sangat banyak. Lepas lap, ada lagi.


Saya dan suami bawa pergi klinik. Doktor bagi ubat titis mata.



Lepas titis, dia tidur. Kira-kira sejam kemudian, dia muntah dengan banyaknya.


Dan muntah lagi.


Atas tilam. Atas toto.


Baju dan pampersnya lencun dengan muntah.Hingga muntahnya dari putih (susu) hingga warna kuning.



Saya panik. Tidak boleh tidur. Tugasan KAP saya tolak ketepi.



Dalam jam 2 pagi, kami bawa dia ke klinik. Doktor kata mungkin dia alergi ubat titis mata itu. Doktor bagi ubat cucuk punggung.



Saya menurut arahan doktor.


Sampai di rumah, separuh dari ubat itu berjaya dimasukkan.


Tiba-tiba,



Dia tercirit pula. Penuh. Atas toto yang baru.



Kesian dia. Layu dan lemah saja.




Hari ini pula. Tidak lalu makan. Sikit saja yang ditelannya. Tidak seperti selalu.



Masih cirit birit. Agak pasif. Longlai saja.



Muntah sekali dua. Mata kanan pula bertahi mata.



Entah berapa kali saya mendobi hari ini. Huhu.



Risau!


p/s: Bonda doakan kamu cepat sembuh Mohamed Rifqi. Amin!

Sunday, July 17, 2011

Akhirnya sampai juga..



Alhamdulillah. Saya sekeluarga selamat sampai di sini.




Walaupun tersesat dua kali. Huhu.








p/s: MasyaAllah cantiknya!! (^_~)v

Saturday, July 16, 2011

Esok..



Mahu pergi bercuti. Dekat-dekat saja.



Sambut hari ibu dan bapa 2011 yang terlewat..



Hanya kami sekeluarga. Si kecil itu tak sabar hendak mandi kolam renang.



Sungguh teruja!!




Kamu doakan kami selamat sampai & cuaca baik esok. Amin..



p/s: Salam Nisfu Syaaban buat semua..

Friday, July 15, 2011

Harap harap (sambungan)



Lega.


Semalam saya dapat tahu yang kemalangan itu bukan merupakan salah seorang daripada pelajar UiTM.




Juga bukan daripada kalangan anak didik saya.




Orang Indonesia katanya. Terbabas semasa menunggang motorsikal di selekoh itu.



Semoga arwah dikalangan orang yang beriman...



p/s: mahu merehatkan minda sebentar....

Wednesday, July 13, 2011

Empat belas haribulan Julai dua ribu sebelas...


Hari ini. Khamis malam jumaat.


Merupakan hari yang amat bermakna buat dua insan yang bermakna dalam hidup saya.


Pertamanya : Iza Karmila.


Beliau ialah kakak ipar saya. Hari ini beliau akan menyambut hari lahir yang ke-__. Semoga beliau panjang umur, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, jodoh yang kekal dengan abang saya dan dipermudahkan semasa bersalin kelak (bulan depan).

Amin!


Keduanya: Mohd Dona.

Beliau ialah pelajar di bawah seliaan saya tahun lepas. Hari ini beliau akan berangkat ke Australia untuk melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah sarjana tajaan JPA.


Tahniah Dona. Saya akan sentiasa doakan kamu berjaya dalam hidup.


Nota:

Buat kamu yang tidak pernah datang berjumpa dengan saya sepanjang projek tahun akhir, yang telah mempersembahkan tesis projek tahun akhir tanpa merujuk saya dahulu, yang telah men'delete' saya dari akaun Facebook kamu, yang telah mungkiri janji-janji untuk menghantar laporan praktikal kepada saya dan yang langsung tidak berterima kasih kepada saya menolong memperkenalkan kawan saya kepada kamu semasa kamu mula-mula sampai di sana.

Maaf, tiada redha dari saya buat kamu. Juga tiada doa dari saya buat kamu. Saya berdoa dari Allah semoga zuriat dan keturunan saya tidak mempunyai sikap seperti kamu.. Amin!


p/s: benarlah melayu mudah lupa....


Tuesday, July 12, 2011

Harap harap..


Sayu. sebak. pilu..


Perasaan saya bercampur.



Kira-kira 5 minit selepas saya bergerak dari pejabat. Di selekoh itu. Kereta di hadapan saya memperlahankan kelajuaannya. Saya mengikut.



Kelihatan kereta polis. Lampu sirennya bernyala-nyala.


Kelihatan juga kereta dan motorsikal diparkir di bahu jalan.


Saya menoleh ke sisi.



Sekujur tubuh kaku yang memakai jeans biru lusuh terbaring. Bahagian abdomen atas ditutup dengan sehelai kain putih.



Saya tidak sanggup lihat lagi.



Terbayang bayang di mata.



Pelajar UiTM kah? Pelajar saya kah?



Harapan saya bukan dalam kalangan pelajar Teknologi Makanan yang saya ajar. Amin




p/s: Al-Fatihah buat arwah....


Thursday, March 31, 2011

Selamat tahun baru 2011..



Eh? Macam tak percaya je..



Betul ke?




Tak tipu?




Dah tahun baru ya?





Dah masuk bulan ke-empat pun! Haish.. Sudah hampir empat bulan tidak kemaskini blog sendiri. Buat-buat sibuk.



Banyak azam baru untuk tahun ini. Tidak mahu share dengan kamu. Malu! Kebanyakannya, masih belum tercapai.



Semoga semangat menulis itu datang kembali dengan segera.. Amin!


p/s: Ada apa dengan esok?? (^_~)v