Wednesday, August 10, 2011

Sailor venus itu telah berpunya...



Kira-kira 11 tahun yang lalu,



Dia menggelarkan dirinya Sailor Venus. Manakala, saya pula Sailor Mars. Dia juga mahu menjadi squall manakala saya seifer (Sila rujuk final fantasy).




Saya kenali dia di MRSM Jasin. Jiran sebelah bilik saya. Agak pendiam pada mula-mula perkenalan kami. Saya mula rapat dengan dia semasa Form 5. Sikapnya yang mengambil berat membuatkan saya rasa seperti dia adalah kakak saya. Ya, saya memang berharap mempunyai seorang kakak pada waktu itu. Dan saya anggap dia kakak saya yang amat penyayang.




Saya ingat lagi, sewaktu saya demam. Dia yang akan buatkan milo panas untuk saya, tapaukan makanan dari dewan selera dan selimutkan saya jika saya tertidur lepas makan ubat. Terharu bukan? Pernah satu ketika, saya merengek mahu makan meggi. Tidak sampai sepuluh minit kemudian, dia datang ke bilik saya dengan meggi satu mangkuk. Dia tidak kisah saya selongkar almari dia jika saya lapar. Oh! Baik sungguh dia dengan saya.



Saya juga mengenali famili dia. Keluarga yang sangat bahagia pada kaca mata saya. Saya selalu bermalam pada hujung minggu di rumah dia. Ibu bapa dia sangat baik pada saya walaupun saya orang asing dalam keluarga dia. Juga tidak lokek membelanja saya dan beri wang saku. Sungguh seronok waktu itu.



Kami sering belajar bersama-sama waktu prep. Stay up sama-sama. Minat subjek biologi sama-sama. Semasa peperiksaan SPM berakhir, saya tumpang rumah dia sementara menunggu kertas Tasawwur, kertas terakhir saya. Saat saya berpisah dengan dia, saya peluk dia kuat-kuat. Saya tidak sanggup berpisah dengan kakak saya. Semasa dalam kereta, saya menangis teresak-esak membaca kad ucapan yang diberikan kepada saya.



Selepas Form 5, saya meneruskan pengajian di matrikulasi manakala dia di Pusat asasi UM. Kami masih sering berutus surat dan kad. Namun, jarak yang jauh itu agak merenggangkan hubungan kakak-adik kami.



Pada 9 September 2003, sewaktu saya mendapat berita tentang pemergiaan arwah abah saya, dia orang pertama saya hubungi untuk minta bantuan. Sampainya di KLIA, ayah dia sudah menunggu untuk membawa saya dan abang ke Port Klang. Besar sungguh jasa dia sekeluarga pada saya.



Pada hari raya tahun lepas, saya sekeluarga datang beraya di rumah keluarganya. Masih sama cuma ada sedikit penambahan. Ibu masih jelita seperti dahulu. Cuma ayahnya agak kurus dan cengkung. Adiknya Ija juga sudah besar panjang. Benar tujuh tahun itu satu jangka masa yang panjang.



Dan,



Sempena BERSIH 2.0 pada 9 Julai yang lalu, dia telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati. Saya gembira. Doa saya supaya kakak merangkap sailor venus merangkap squall menemui cinta sejati dia.


Sebulan kemudian,




Di saat dia hampir ke gerbang bahagia, dia telah diuji dengan pemergian ayah tercinta pada pagi 9 ramadhan yang lalu. Terkejut saya menerima berita itu. Masih teringat wajah gembira arwah di hari pertunangan anak sulung beliau.



Buat Nur Ainita bt Mokhtar@ sailor venus @ squall



Seif harap squall tabah dan redha di atas pemergian arwah. Seif juga harap squall bahagia dengan teman hidup pilihan squall. Selepas ini, squall boleh buatkan milo panas untuk dia, masakkan meggi untuk dia dan selimutkan dia jika dia tertidur lepas makan ubat. *senyum*





p/s: Mahu jadi muda kembali!! huhu...

No comments:

Post a Comment