Tuesday, November 8, 2011

Mungkinkah santau angin?





Hampir tiga minggu lebih saya kembung perut. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Saya fikir mungkin saya hendak datang bulan. Sebab itu perut saya kembung. Selepas menunggu beberapa lama, darah kotor itu tidak juga muncul-muncul.



Terdetik dalam hati saya, mungkinkah saya terkena buatan orang? Santau angin barangkali. Mungkin santau itu tidak ditujukan kepada saya tapi saya yang terkena kesannya. Kemungkinan itu ada. Tapi, akal saya berkeras mengatakan itu cuma perasaan saya.



Saya ingat lagi, sewaktu saya berjogging di stadium belia dan sukan Paroi. Saya ada menegur seorang lelaki  yang mengambil bola Rifqi yang saya tinggalkan (tanpa izin saya) sementara saya bawa Rifqi pusing satu trek. Saya akui nada suara saya agak keras. Mungkinkah dia terasa? Mungkinkah dia yang santau saya? Sebab sekembalinya saya ke rumah pada hari tersebut, terus saya sakit perut dan muntah-muntah.



Dan, sakit itu berlanjutan. Kadang-kadang pening kepala. Ditambah pula dengan selsema dan sakit tekak. Saya ada berjumpa dengan dokor panel UiTM. Beliau kata memang perut saya kembung dengan angin. Mungkin saya tersalah makan benda-benda berangin atau saya lambat makan. Seingat saya tak ada. Saya juga jarang melewat-lewatkan makan. Aneh!



Saya cuba bermacam macam petua. Minum air halia, minum eno, minum woodward's gripe water, minum coca-cola, minum 100 plus. Tapi masih sama. Perut saya tetap kembung. Mahu sendawa tapi tidak berjaya. Mahu buang angin pun tidak bisa. Sedih! Mujur suami saya faham dan mahu mengurut saya sikit-sikit untuk menghilangkan angin dari badan saya.



Jumaat lepas, saya nekad mahu berjumpa doktor pakar wanita di Senawang. Walaupun hati saya menyuruh saya berjumpa pakar perubatan Islam namun akal saya menolak. Mahu mencuba ubatan moden dulu! Hanya satu yang terlintas di kepala. Hospital Pakar Wanita Sukhilmi di Taman Bandar Senawang. Berdekatan dengan taska Rifqi. Saya terus berjumpa dengan Dr. Sukhilmi. Satu persatu sejarah saya cerita. Bagaimana dan di mana saya bersalin, ambil suntikan depo, berhenti ambil depo, ambil Noriday, makan EPO, menyusu badan sampailah saya sakit kembung perut. Dr. Sukhilmi hanya senyum. Dia mahu scan perut saya. Saya menurut saja. 




Hati saya berdebar-debar. 




Dub dab...




Dub dab...





Dub dab..




Akhirnya, air mata ini mengalir juga..










Rezeki yang tidak diduga.. Alhamdulillah!








Nampaknya Rifqi akan ada kawan tahun depan.. InsyaAllah. Kamu doakan saya ya!








p/s: Betul lah terkena buatan orang!! (^_~)v







2 comments:

  1. perghhhhhhhhhhhhhhh........cepat betul buatan orang ni...kikikikikiki tahniah beb!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. congratulationsssss kak zura
    nanti boleh datang bawak beraya uma kite ok?
    =)

    .elun.

    ReplyDelete