Wednesday, December 7, 2011

Angka enam yang pedih..



Kamu nak tahu sesuatu?






Mengenai tempat kerja saya..






UiTM Kuala Pilah kampus Beting..






Ok. Kalau kamu mahu memasuki UiTM kampus Beting, kamu terpaksa melalui jalan kampung kira-kira enam km dari jalan besar Kuala Pilah ke Bahau. Selain itu, kamu juga terpaksa melalui selekoh-selekoh tajam termasuk bom-bom organik yang sengaja dipasang di atas jalan kampung itu.






Bagi saya itu sudah biasa. Rutin bagi saya.






Namun, 






Tanggal enam disember yang lalu meninggalkan impak yang besar dalam hidup saya..






Kira-kira 1.30 petang, di selekoh yang terakhir sebelum memasuki kampus.. Sekujur tubuh terlantar di atas jalan raya bertar itu. Kelihatan motorsikalnya remuk dan sebuah kereta remuk bahagian depannya.






Saya adalah orang yang dipilih untuk menyaksikan kejadian itu. Di mana penunggang yang menunggang motorsikal itu menghentam bahagian depan kereta yang saya naiki. Sejurus selepas itu, suasana sunyi sepi seketika. Saya terkedu. Memori enam tahun lepas menjelma kembali. Cuma bezanya, enam tahun lepas saya yang terlantar di atas jalan raya seperti penunggang itu.






Darah saya berderau. Badan saya seram sejuk. Hati saya risau. Jantung berdegup kencang. Sungguh saya tidak mahu melihat wajah penunggang itu. Mahupun keadaan kereta yang saya naiki.






Kira-kira jam enam petang, saya menerima SMS dari teman sekerja saya. Penunggang itu merupakan pelajar semester 2 jurusan perniagaan. Beliau telah menyahut panggilan ilahi akibat kecederaan dalaman yang serius. Saya sedih. Rasa bersalah menyelubungi saya walaupun saya tahu memang itu sudah suratan hidup beliau. Sedih!






p/s: Al-fatihah buat arwah..... Moga kamu tenang di sana.....




No comments:

Post a Comment