Wednesday, February 1, 2012

Dia sudah 2 tahun 2 bulan..







Saya lipat, dia serakkan semua..








Saya simpan, dia keluarkan semula...








Saya susun, dia sepahkan balik...








Saya masak, dia sibuk main barang² dapur...










Itulah Mohamed Rifqi. Sudah berusia 2 tahun 2 bulan.  Semakin bijak. Walaupun mulut masih berat untuk berkata-kata. Namun, tangan dia  tak betah untuk diam. Mewarisi perangai ayahandanya  agaknya. Diam-diam ubi berisi. Kurang menunjukkan minat terhadap cerita-cerita kartun. Dulu-dulu saya suka membiarkan dia menonton  BabyTV. Tetapi, semenjak BabyTV tidak lagi disiarkan percuma, saya mengambil keputusan untuk tidak melanggan sebaliknya saya tarik perhatian dia ke saluran 610 TVIQ. Kadang-kadang saya tukar ke saluran 611 Ceria. Tidak menjadi masalah buat dia sebab dia tidak menunjukkan minat untuk menonton kartun. Kecuali rancangan Clever edisi Malaysia dan Tom-tom Bak. Peminat setia Paknil katakan! (^_^)v








Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan Rifqi selama 2 tahun. Niat di hati untuk teruskan sahaja sebab Rifqi masih lagi mahu melekap dengan bonda dia. Namun, semenjak saya mengandung kali kedua, susu semakin kurang dan terus terhenti. Tak mengapalah. Rezeki untuk adik pula. 








Model tudung muslimah.. ahaks.. 



P/s: Masa untuk toilet train!!  (^_~)v






2 comments:

  1. woit...asyik pakaikan rifqi tudung jer..second ni anak pompuan ehhh..? hehe..

    ReplyDelete
  2. mengidam anak pompuan.. hehe.. yg 2nd ni surprise.. nak rahsia dulu.. =)

    ReplyDelete