Thursday, January 31, 2013

Sahabat




Pada suatu hari,



Saya : Si Polan ni upload gambar isterinya masak kemudian puji masakan isteri dia di              Facebook. Suami saya tidak pernah pun buat macam tu


Dia   :  Suami Zura bahagia dengan Zura. Prof. Muhaya kata orang bahagia tidak perlukan penghargaan dari manusia.  Orang tidak bahagia sahaja yang akan menagih perhatian dan pujian dari manusia. Untung Zura dapat suami sebegitu.


Saya : Terkedu! Rupa-rupanya selama ini mata saya tidak celik walaupun ia terbuka luas. (*_*)




Terima kasih sahabat kerana mengingatkan diri ini yang selalu alpa. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang membuat saya selalu merasa bersyukur di atas segala kurniaan-Nya.



Alhamdulillah.



p/s: mari belajar memasak! (^_~)v



Thursday, January 24, 2013

Destinasi cinta di jogjakarta



Puas.



Dapat menjejakkan kaki  di tempat yang memang lama ingin dilawati dua minggu yang lalu.



Disertai pula mereka yang disayangi. Lebih-lebih lagi ada di antaranya merupakan pengalaman pertama menaiki kapal terbang ke luar negara.




Alhamdulillah.



 Rombongan dari Port Klang+Senawang+Paloh 
@Borobodur




 Hotel Merbabu di Malioboro. Murah. Bersih. Strategik




Di istana Kraton



Benar. Kebahagiaan itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Dan ia nya harus dikongsi. (^_~)v



p/s: Gastrik!!!


Wednesday, January 9, 2013

Saya berjaya VBAC !!



Alah, kalau dah anak pertama belah perut, anak kedua pun mesti belah perut!

Anak sulung dulu operate? Yang kedua ni confirm operate juga ni.


Ya. Persepsi biasa masyarakat.



Jika bersalin terdahulu secara pembedahan, secara automatik mereka akan menjangkakan proses kelahiran yang seterusnya juga secara pembedahan.



Pada mulanya saya juga ragu-ragu sama ada saya mampu melahirkan Ariq secara normal. Memang payah hendak berjumpa dengan orang yang positif dan menyokong saya untuk mencuba vaginal-birth-after-caesarian (VBAC). Mujur jururawat-jururawat di klinik kesihatan Ampangan memberi semangat dan sokongan moral kepada saya untuk mencuba VBAC. Malahan, jarak kandungan kedua ini lebih dari 18 bulan sperti yang disarankan.



Saya masih belum yakin dapat melakukan VBAC. Hanya berserah. Bergantung kepada rezeki dan izin dari-Nya. Namun di akhir-akhir trimester, saya telah di rujuk ke doktor pakar di Hospital Seremban mengenai keadaan saya samada boleh mencuba VBAC atau tidak.



Saya gagahkan diri juga pergi ke Hospital Seremban seorang diri. Pada waktu itu saya sudah memasuki 36-minggu. Doktor Aisyah yang memeriksa saya mengatakan parut pembedahan sebelum ini telah elok (berdasarkan scan yang beliau lakukan) dan tulang pelvis saya juga tiada masalah untuk bersalin normal. Beliau juga memberi penerangan tentang VBAC kepada saya. Beliau juga menyokong saya jika saya ingin mencuba VBAC walaupun katanya peluang saya hanya 70%. 



Saya masih juga tidak yakin.



Saya mula melayari laman web mengenai VBAC. Tidak kira pengalaman orang Malaysia ataupun luar negara. Saya hanya baca pengalaman mereka yang berjaya sahaja. Yang gagal dan memberi pendapat negatif mengenai VBAC saya abaikan terus.



Semakin banyak saya baca semakin bersemangat dan yakin untuk mencuba VBAC. Saya juga membaca blog-blog mereka yang berjaya bersalin normal. Untuk mendapatkan gambaran sebenar bagaimana proses kelahiran itu nanti kerana saya tidak berjaya dahulu.




Alhamdulillah.




Saya berjaya juga VBAC. Anak kedua saya Mohamed Ariq (3.7kg) berjaya dilahirkan secara normal disertai koyakan minor sahaja pada bulan Mei tahun lalu. Sejuta terima kasih kepada Dr. Sukhilmi yang banyak memberi dorongan kepada untuk melalui proses dan pengalaman yang sangat indah. Adalah  tidak mustahil untuk melalui VBAC jika kita membuat persediaan mental dan fizikal ke arah itu.




Selain itu, sokongan moral dari suami dan orang disekeliling juga penting. Suasana yang tenang dan aman di wad 6 katil itu banyak membantu saya melalui proses VBAC. Alhamdulillah keputusan saya untuk bersalin di Hospital Dr. Sulkhilmi adalah paling tepat. Adapun sebelum itu saya agak keberatan kerana beliau Dr. lelaki. Tetapi setelah saya solat istikarah hati saya seakan-akan memujuk saya ke situ. Allah maha mengetahui.




Jika saya boleh, in shaa Allah kamu pun boleh!



p/s: Malaysia boleh!! (^_~)v





Tahun baru 2013



Eh? 



Antara sedar tak sedar. Sudah sembilan hari di tahun baru rupanya. 



Azam tahun baru tidak banyak yang berubah seperti tahun sebelum ini. 



Cuma berharap dapat meneruskan niat untuk menuntut ilmu tahun ini.




InsyaAllah dengan izin-Nya 



Kamu doakan saya ya!



p/s: menuntut ilmu sampai negeri China! (^_~)v

Tuesday, January 8, 2013

terima kasih di atas penghargaan...



Semalam.


Dapat email. Hati dub dab dub dab. Berkenaan prestasi tahun lepas. Berdoa agar dapat markah setimpal dengan hasil kerja yang diberikan. Jumpa dia. Selak helaian kertas. Alhamdulillah. Lebih baik dari jangkaan. Terasa dihargai. Mahu bekerja lebih gigih tahun ini.



 In shaa Allah!



p/s: lagi 3 hari....