Wednesday, January 9, 2013

Saya berjaya VBAC !!



Alah, kalau dah anak pertama belah perut, anak kedua pun mesti belah perut!

Anak sulung dulu operate? Yang kedua ni confirm operate juga ni.


Ya. Persepsi biasa masyarakat.



Jika bersalin terdahulu secara pembedahan, secara automatik mereka akan menjangkakan proses kelahiran yang seterusnya juga secara pembedahan.



Pada mulanya saya juga ragu-ragu sama ada saya mampu melahirkan Ariq secara normal. Memang payah hendak berjumpa dengan orang yang positif dan menyokong saya untuk mencuba vaginal-birth-after-caesarian (VBAC). Mujur jururawat-jururawat di klinik kesihatan Ampangan memberi semangat dan sokongan moral kepada saya untuk mencuba VBAC. Malahan, jarak kandungan kedua ini lebih dari 18 bulan sperti yang disarankan.



Saya masih belum yakin dapat melakukan VBAC. Hanya berserah. Bergantung kepada rezeki dan izin dari-Nya. Namun di akhir-akhir trimester, saya telah di rujuk ke doktor pakar di Hospital Seremban mengenai keadaan saya samada boleh mencuba VBAC atau tidak.



Saya gagahkan diri juga pergi ke Hospital Seremban seorang diri. Pada waktu itu saya sudah memasuki 36-minggu. Doktor Aisyah yang memeriksa saya mengatakan parut pembedahan sebelum ini telah elok (berdasarkan scan yang beliau lakukan) dan tulang pelvis saya juga tiada masalah untuk bersalin normal. Beliau juga memberi penerangan tentang VBAC kepada saya. Beliau juga menyokong saya jika saya ingin mencuba VBAC walaupun katanya peluang saya hanya 70%. 



Saya masih juga tidak yakin.



Saya mula melayari laman web mengenai VBAC. Tidak kira pengalaman orang Malaysia ataupun luar negara. Saya hanya baca pengalaman mereka yang berjaya sahaja. Yang gagal dan memberi pendapat negatif mengenai VBAC saya abaikan terus.



Semakin banyak saya baca semakin bersemangat dan yakin untuk mencuba VBAC. Saya juga membaca blog-blog mereka yang berjaya bersalin normal. Untuk mendapatkan gambaran sebenar bagaimana proses kelahiran itu nanti kerana saya tidak berjaya dahulu.




Alhamdulillah.




Saya berjaya juga VBAC. Anak kedua saya Mohamed Ariq (3.7kg) berjaya dilahirkan secara normal disertai koyakan minor sahaja pada bulan Mei tahun lalu. Sejuta terima kasih kepada Dr. Sukhilmi yang banyak memberi dorongan kepada untuk melalui proses dan pengalaman yang sangat indah. Adalah  tidak mustahil untuk melalui VBAC jika kita membuat persediaan mental dan fizikal ke arah itu.




Selain itu, sokongan moral dari suami dan orang disekeliling juga penting. Suasana yang tenang dan aman di wad 6 katil itu banyak membantu saya melalui proses VBAC. Alhamdulillah keputusan saya untuk bersalin di Hospital Dr. Sulkhilmi adalah paling tepat. Adapun sebelum itu saya agak keberatan kerana beliau Dr. lelaki. Tetapi setelah saya solat istikarah hati saya seakan-akan memujuk saya ke situ. Allah maha mengetahui.




Jika saya boleh, in shaa Allah kamu pun boleh!



p/s: Malaysia boleh!! (^_~)v





12 comments:

  1. alhamdulillah akak dpt jugak VBAC seperti yg akak doakan..Allah tu Maha Pemurah..sy pon sgt² berharap utk berjaya VBAC this coming September..In shaa Allah..now baru 9 weeks+..first daughter turns 17months end of this month..doakan kejayaan sy kak..I am still searching and googling all about VBAC and VBAmC..million thanks for this meaningful entry in your blog..

    -REEN-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum Reen. Alhamdulillah saya berjaya VBAC. Saya doakan Reen juga dipermudahkan Allah sewaktu bersalin kelak. Saya harap Reen bersedia dari segi mental untuk mencuba VBAC dan sentiasa positif. Sentiasa berdoa mohon kepada Allah. Dan selalulah bercakap-cakap dengan baby supaya sihat dan keluar secara normal. InsyaAllah dia dengar tu. Memang berbeza bersalin normal dengan operate. Lagi cepat sembuhnya. Goodluck ya!(^_~)v

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam akak.... isteri sy berminat nak join prog ni.... boleh bagi detail ke mejik.syem@gmail.com tak... tq in advance kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam En. Mejik Syem.. Ini merupakan pengalaman peribadi saya melalui proses bersalin secara normal. Bukannya dari persatuan atau program. Saya syorkan isteri En Syem beli buku tentang proses bersalin secara normal di kedai-kedai buku ataupun cari di internet mengenai VBAC. Harap membantu. (^_^)

      Delete
  4. Assalamualaikum
    sy nk tye la..sy penah refer kat 2 doc pakar..sorang di damansara..doc ckp klo nk try vbac time 9 bulan kene xray tulang pinggul..
    br2 ni sy jumpe doc intan kt columbia sban..tp dier ckp tk perlu..
    actually cane doc check tulang pinggul ey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      Saya berjumpa dengan doktor pakar hospital Seremban Doktor Aisyah (Nama penuh tak tahu)sewaktu kandungan masuk 9 bulan untuk scan (2D saja) samaada parut pembedahan sebelum ini sama ada sudah elok atau tidak. At the same time, dia boleh tahu sama ada tulang pelvis kita besar/mampu untuk kelahiran normal melalui scan yang sama. Harap boleh membantu! (^_^)

      Delete
  5. Aslmkum.klu dah 2x cze...ade hrpn vbac ke..ke utk yg 1x je ade hrpn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Leeysa..

      Insha Allah, peluang tu masih ada tapi saya tak tahu berapa peratus. Kena refer doktor pakar untuk lihat parut c-sect sebelum ini dan minta nasihat kalau nak cuba VBA2C (vaginal-birth-after 2 caesarian). Kalau boleh minta seberapa banyak pandangan yang mungkin sebelum buat keputusan. (^_^)

      Delete
  6. Seronok baca cerita VBAC. Agak besar jugak ye baby masa lahir. Amazed! Sy pun vbac, tu pun doc asyik remind suh jaga makan supaya baby tak besar sgt. Baby lahir 3.1kg

    ReplyDelete