Wednesday, February 27, 2013

Ulang tahun yang ke-4




Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran


Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya


Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling


Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu


Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini



p/s:  Saya tidak perlukan hidup 'serba ada' dengan kamu, cukuplah dengan 'apa ada'..  (^_^)

Sunday, February 17, 2013

Manusiakah dia?



Semalam.


Menonton video pembantu rumah mendera anak majikannya. Bayi itu dilambung. Di campak. Ibarat anak patung. Tanpa belas kasihan.



Geram! Marah! Gila!



Manusiakah dia? Mengapa begitu zalim terhadap insan yang tidak berdaya. Air mata saya mengalir. Kerana cuba membayangkan perkara itu berlaku kepada Ariq. Kuat kah saya untuk menghadapinya?



Lantas, saya utarakan soalan berikut kepada suami saya.



"Jika ada warga negara mereka didera di sini, mereka menunjuk perasaan, membakar, memijak bendera kita. Nah! Sekarang tidakkah kita juga perlu bertindak  begitu untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kita terhadap perilaku warga negara mereka?



Jawabnya:




"Apa yang berlaku di sana hanya pada segelintir kecil daripada mereka dan tidak menggambarkan emosi keseluruhan penduduk mereka.



Namun saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan suami saya. 



Hari ini, 



Semasa memandu ke tempat kerja, saya mendengat segmen motivasi pagi di radio ikim. Isi kandungannya merungkai persoalan saya semalam.







"Rasullullah SAW tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan tetapi dengan kebaikan dan kasih sayang"




Persoalan terjawab!





p/s:  Anak itu anugerah Allah yang tidak ternilai.....



Friday, February 15, 2013

Ralat



Semalam.



Baru pulang dari tugasan melawat pelajar-pelajar praktikal di pantai timur. Penat masih berbaki lagi. 



Semasa di Terengganu, saya baru tersedar gelang nikah saya keciciran. Puas saya cuba mengingati kembali di mana kali terakhir gelang itu berasa di lengan saya. Namun, memori itu tidak ada.



Cemas! 



Saya khabarkan pada suami. Mohon kemaafan daripada beliau. Alhamdulillah, beliau tidak marah saya. Malah, beliau berkata akan ada rezeki lain nanti. Sangat positif.



Namun, rasa ralat itu masih ada di hati saya. Kerana saya cuai! Gelang itu barang berharga pemberian dari suami.



Lama saya termenung. Tiba-tiba, kedengaran bait-bait lagu nasyid Rabbani dalam kepala saya. Lagu yang selalu saya dengar di ikim.fm





Mana milik kita?

Tidak ada milik kita.
Semua yang ada… 
Allah yang punya
Tidak ada kita punya




Lama-kelamaan hati saya tenang. Ya. Gelang itu bukan milik saya. Saya hanya menjaganya. Sekarang ia telah kembali kepada Allah. Sama seperti saya. Suatu hari nanti.




p/s: Eh?? Ulangtahun perkahwinan makin hampir.... *wink* *wink*




Saturday, February 9, 2013

Audit diri



Semalam. Di stesen minyak. 



Sewatu saya mengisi minyak kereta, kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 30-an keluar dari kedai Mesra. Beliau berjubah dan tudung corak bunga-bunga melepasi dada.




Cantik dan sopan penampilannya. Imej muslimah.




Sewaktu berjalan, terdapat suara-suara nakal petugas di stesen minyak tersebut bersiul and menyebut "fewit' ke arah beliau. Tetapi beliau seakan tidak mendengar. Beliau menuju ke arah kereta beliau. Kelihatan anak-anaknya menunggu dalam kereta. Lantas, beliau berlalu pergi.



Insiden itu membuatkan saya terpaku sekejap. Masakan wanita yang menjaga aurat dengan sempurna masih lagi menjadi perhatian lelaki yang bukan muhrim?




Saya tersedar semula. Benarlah. Syaitan itu ada di mana-mana. Fitnah juga.




Saya perlu audit diri saya semula. Cara saya berpakaian. Kerana saya sudah menjadi ibu kepada dua cahaya mata. Umur pun akan meningkat saban tahun. Sudah tentu saya tidak ingin menjadi bahan siulan lelaki yang bukan muhrim. Tidak pada usia sebegini.



Moga saya terus diberi hidayah dari Allah.


Amin!



p/s: Mari bershopping! (^_~)v