Sunday, February 17, 2013

Manusiakah dia?



Semalam.


Menonton video pembantu rumah mendera anak majikannya. Bayi itu dilambung. Di campak. Ibarat anak patung. Tanpa belas kasihan.



Geram! Marah! Gila!



Manusiakah dia? Mengapa begitu zalim terhadap insan yang tidak berdaya. Air mata saya mengalir. Kerana cuba membayangkan perkara itu berlaku kepada Ariq. Kuat kah saya untuk menghadapinya?



Lantas, saya utarakan soalan berikut kepada suami saya.



"Jika ada warga negara mereka didera di sini, mereka menunjuk perasaan, membakar, memijak bendera kita. Nah! Sekarang tidakkah kita juga perlu bertindak  begitu untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kita terhadap perilaku warga negara mereka?



Jawabnya:




"Apa yang berlaku di sana hanya pada segelintir kecil daripada mereka dan tidak menggambarkan emosi keseluruhan penduduk mereka.



Namun saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan suami saya. 



Hari ini, 



Semasa memandu ke tempat kerja, saya mendengat segmen motivasi pagi di radio ikim. Isi kandungannya merungkai persoalan saya semalam.







"Rasullullah SAW tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan tetapi dengan kebaikan dan kasih sayang"




Persoalan terjawab!





p/s:  Anak itu anugerah Allah yang tidak ternilai.....



No comments:

Post a Comment