Friday, February 15, 2013

Ralat



Semalam.



Baru pulang dari tugasan melawat pelajar-pelajar praktikal di pantai timur. Penat masih berbaki lagi. 



Semasa di Terengganu, saya baru tersedar gelang nikah saya keciciran. Puas saya cuba mengingati kembali di mana kali terakhir gelang itu berasa di lengan saya. Namun, memori itu tidak ada.



Cemas! 



Saya khabarkan pada suami. Mohon kemaafan daripada beliau. Alhamdulillah, beliau tidak marah saya. Malah, beliau berkata akan ada rezeki lain nanti. Sangat positif.



Namun, rasa ralat itu masih ada di hati saya. Kerana saya cuai! Gelang itu barang berharga pemberian dari suami.



Lama saya termenung. Tiba-tiba, kedengaran bait-bait lagu nasyid Rabbani dalam kepala saya. Lagu yang selalu saya dengar di ikim.fm





Mana milik kita?

Tidak ada milik kita.
Semua yang ada… 
Allah yang punya
Tidak ada kita punya




Lama-kelamaan hati saya tenang. Ya. Gelang itu bukan milik saya. Saya hanya menjaganya. Sekarang ia telah kembali kepada Allah. Sama seperti saya. Suatu hari nanti.




p/s: Eh?? Ulangtahun perkahwinan makin hampir.... *wink* *wink*




No comments:

Post a Comment