Saturday, July 20, 2013

Kembali..


20 Julai 2013/ 11 Ramadhan 1434



Hari ini..


Bapa saudara saya sudah menyahut panggilan ilahi. Berpisah sudah dengan alam dunia. Kembali menemui penciptaNya.



Hari ini..


Tersingkap satu drama seperti dalam televisyen. Di mana harta benda dunia jadi punca. Adik beradik bergaduh. Besan, biras, ipar duai bertelingkah. Walhal, jenazah masih belum disemadikan.



Hari ini..


Saya mendengar cerita. Bapa saudara pernah merintih sewaktu gering. Sangat teringin menjejakkan kaki ke luar negara, ke tanah suci Mekah dan Madinah. Namun, hajatnya tidak kesampaian. Tidak mungkin akan kesampaian.



Hari ini..



Saya melihat sendiri. Di mana segala harta benda dunia tiada gunanya lagi. Tiada satu pun dapat dibawa bersama ke alam yang satu lagi.


Langsung!


Keinsafan itu datang. Bersama sama linangan air mata sewaktu Yasin dibacakan. Moga arwah bapa saudara saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.


Amin!


p/s: Al-fatihah buat Pak Ngah Don  (T_T)